Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RASUAH: 10 INDIVIDU TERMASUK PENJAWAT AWAM DIREMAN LIMA HARI

DALAM NEGARA

RASUAH: 10 INDIVIDU TERMASUK PENJAWAT AWAM DIREMAN LIMA HARI

Sepuluh individu termasuk penjawat awam dan pemilik bot nelayan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan sejak lebih lima tahun lepas.

ALOR SETAR: Sepuluh individu termasuk penjawat awam dan pemilik bot nelayan direman lima hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes memberi dan menerima suapan sejak lebih lima tahun lepas.

Perintah reman itu dikeluarkan Majistret Mahkamah Alor Setar Siti Norhidayah Mohd Noor terhadap sembilan lelaki dan seorang wanita yang berumur lingkungan 26 hingga 57 tahun itu selepas permohonan reman dibuat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut sumber SPRM, lima daripada mereka ialah penjawat awam yang merupakan kakitangan Jabatan Perikanan (DOF), Pasukan Gerakan Marin (PGM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

Semalam, media melaporkan berpuluh kakitangan dan pegawai penguat kuasa dipercayai menerima suapan secara bulanan sejak lebih lima tahun lalu dengan kegiatan itu berjaya dikesan berikutan risikan SPRM terhadap tiga agensi kerajaan berkenaan.

Laporan itu menyebut kakitangan tiga agensi tersebut dipercayai menerima rasuah daripada pemilik bot nelayan dan pengusaha sangkar ternakan ikan, dalam bentuk wang tunai.

Risikan telah dilakukan SPRM sejak beberapa bulan lalu terhadap semua agensi itu terutama di negeri utara tanah air iaitu di Kedah, Pulau Pinang dan Perlis selain turut melibatkan Pulau Langkawi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading