REMAJA 14 TAHUN ANTARA LIMA DITAHAN KES CULIK BAYI BERUSIA 9 BULAN
“Remaja itu meminta ibu teman lelakinya menjaga sebentar bayi yang kononnya ialah anaknya bersama teman lelaki lama, namun suspek memaklumkan kepada polis yang dia melarikan bayi itu kerana chubby (montel) dan comel,”
BUKIT MERTAJAM: Polis menahan lima individu termasuk seorang remaja perempuan berumur 14 tahun bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang bayi perempuan berusia sembilan bulan diculik dari rumah pengasuhnya di Bukit Tengah di sini Selasa lepas.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT) ACP Tan Cheng San berkata susulan laporan polis dibuat bapa bayi itu, polis menahan tiga lelaki dan dua wanita berumur antara 14 hingga 43 tahun dalam dua serbuan berasingan di Machang Bubok, di sini dan Kulim, Kedah pada hari sama.
“Ibu kepada bayi itu sampai di rumah pengasuh di satu unit pangsapuri pada 5.30 petang untuk mengambil anak perempuannya iaitu bayi berusia sembilan bulan yang dijaga seorang wanita warga emas berusia 65 tahun.
“Pengasuh itu memaklumkan cucu perempuannya berumur 14 tahun yang menjaga bayi itu di ruang tamu rumah mereka telah membawa lari mangsa ketika dia sedang solat dan semasa kejadian, kakak kepada remaja berkenaan yang berusia 18 tahun berada di dalam bilik lain di rumah itu sedang menjaga tiga lagi kanak-kanak lain,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Beliau berkata sejurus kejadian, mereka telah bertanya kepada pengawal keselamatan di pangsapuri berkenaan dan pada masa sama neneknya cuba menghubungi suspek melalui telefon bimbit, namun tidak berjaya.
Tan berkata pemeriksaan kamera litar tertutup (CCTV) di pondok pengawal menunjukkan remaja perempuan itu menunggang motosikal jenis Honda Ex-5 berwarna merah tanpa memakai topi keledar sambil menggendong mangsa dengan tangan kirinya.
Beliau berkata hasil risikan dan serbuan, sepasukan polis Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis daerah SPT menyerbu sebuah pondok di kawasan Machang Bubok pada 11.50 malam dan menahan remaja perempuan itu bersama teman lelakinya dan seorang rakan lelaki masing-masing berumur 18 tahun yang sedang makan di situ.
“Seterusnya polis menyerbu sebuah rumah di Kulim dan menahan seorang wanita dan lelaki masing-masing berumur 43 dan 30 tahun iaitu ibu dan bapa tiri kepada teman lelaki remaja perempuan itu. Polis berjaya menyelamatkan bayi berkenaan yang berada di dalam sebuah van kilang bersama pasangan suami isteri terbabit di situ,” katanya.
Menurut Tan, berdasarkan siasatan awal, selepas remaja itu membawa bayi berkenaan ke pondok di Machang Bubok, dia menaiki motosikal bersama teman lelakinya ke Kulim dan meninggalkan mangsa di situ untuk dijaga sementara oleh ibu lelaki terbabit.
“Remaja itu meminta ibu teman lelakinya menjaga sebentar bayi yang kononnya ialah anaknya bersama teman lelaki lama, namun suspek memaklumkan kepada polis yang dia melarikan bayi itu kerana chubby (montel) dan comel,” katanya.
Tan berkata bayi kepada pasangan suami isteri berusia 24 dan 26 tahun yang bekerja kilang itu dijaga oleh pengasuh berkenaan sejak lapan bulan lepas dengan bayaran RM500 sebulan manakala remaja perempuan itu tidak bersekolah dan tidak tinggal secara tetap dengan neneknya.
“Bayi itu dalam keadaan sihat dan selamat serta dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut…siasatan masih dijalankan sama ada bayi itu cuba dijual kepada mana-mana pihak atau sindiket,” katanya dan menambah lima individu itu direman selama empat hari hingga 27 Ogos manakala kes disiasat menurut Seksyen 363 Kanun Keseksaan. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked