Connect with us

ALHIJRAH NEWS

REMAJA BERBASIKAL KRITIKAL DIREMPUH KERETA KETIKA DALAM PERJALANAN MAIN BOLA SEPAK

UTAMA

REMAJA BERBASIKAL KRITIKAL DIREMPUH KERETA KETIKA DALAM PERJALANAN MAIN BOLA SEPAK

Kakak mangsa menerusi akaun Threads, @ezumy_, memaklumkan adiknya mengalami pelbagai kecederaan serius termasuk pipi koyak, hidung sebelah hancur dan patah, rahang patah, kecederaan pada telinga serta kehilangan sebelah kelopak mata.

KUANTAN: Seorang remaja lelaki berusia 15 tahun dilaporkan kritikal selepas dirempuh sebuah kereta ketika menunggang basikal di Jalan Pintasan Permatang Badak di sini, dipercayai ketika dalam perjalanan untuk bermain bola sepak.

Kejadian itu tular di media sosial selepas rakaman kamera papan pemuka (dashcam) yang memaparkan kemalangan berkenaan dikongsikan oleh pengguna Threads, @suratlangit2.

Berdasarkan perkongsian itu, kemalangan dipercayai membabitkan sebuah Proton Gen2 yang dipandu remaja tempatan berusia 20 tahun.

Mangsa kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), Kuantan selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan masih belum sedarkan diri.

Sementara itu, kakak mangsa menerusi akaun Threads, @ezumy_, memaklumkan adiknya mengalami pelbagai kecederaan serius termasuk pipi koyak, hidung sebelah hancur dan patah, rahang patah, kecederaan pada telinga serta kehilangan sebelah kelopak mata.

“Sekarang dekat ICU masih tk sedar. Mintak semua doakan adik saya,” katanya.

Setakat ini, belum ada kenyataan rasmi dikeluarkan pihak polis berhubung kejadian berkenaan. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading