REMAJA DIDAKWA BUNUH BAYI SENDIRI DIBENAR IKAT JAMIN
Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu.
PUTRAJAYA: Remaja perempuan yang didakwa membunuh bayi yang baru dilahirkannya dibenar dibebaskan dengan ikat jamin oleh Mahkamah Rayuan hari ini sementara menunggu perbicaraan kes itu.
Panel tiga hakim yang terdiri daripada Datuk Yaacob Md Sam, Datuk Wira Ahmad Nasfy Yasin dan Datuk Hashim Hamzah, membenarkan remaja itu diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin warga tempatan.
Yaacob berkata ikat jamin itu hanya akan berkuat kuasa selepas gadis itu selesai menjalani penilaian psikiatri di Hospital Permai, Tampoi di Johor.
Beliau berkata remaja perempuan berusia 15 tahun itu dan penjaminnya mesti melapor diri di Balai Polis Chukai di Kemaman, Terengganu sebulan sekali sebelum atau pada hari ketujuh setiap bulan sehingga kesnya selesai.
Hakim itu juga berkata remaja itu dan penjaminnya perlu hadir ke mahkamah, melainkan dikecualikan oleh mahkamah dan dia tidak boleh dibawa keluar negara tanpa kebenaran daripada mahkamah.
Beliau berkata sekiranya terdapat sebarang permohonan supaya remaja itu dibawa keluar negara, permohonan itu mesti dibuat di mahkamah tempat pertuduhan itu difailkan.
Sebelum perbicaraan permohonan ikat jamin gadis itu bermula, hakim mengeluarkan perintah supaya identiti gadis itu tidak didedahkan.
Remaja itu telah dihadapkan ke Mahkamah Majistret Kemaman pada 15 Feb lepas atas pertuduhan membunuh bayinya di sebuah rumah di Seri Bandi, Kemaman, Terengganu antara 7 dan 9 pagi pada 8 Feb.
Bagaimanapun, dia tidak dibenarkan diikat jamin sementara menunggu perbicaraan dan permohonannya untuk dirujuk bagi penilaian kesihatan mental turut ditolak oleh mahkamah sama.
Remaja itu kemudian memfailkan permohonan di Mahkamah Tinggi Terengganu untuk menyemak semula keputusan Mahkamah Majistret yang tidak membenarkannya diikat jamin namun ditolak pada 8 Mac.
Mahkamah Tinggi bagaimanapun membenarkan sebahagian permohonan semakan remaja itu dan memerintahkan agar dia dirujuk untuk menjalani penilaian psikiatri.
Dia kemudiannya memfailkan permohonan dibenarkan diikat jamin di Mahkamah Rayuan.
Remaja itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.
Bagaimanapun, pesalah di bawah umur 18 tahun tidak boleh dihukum mati mengikut Seksyen 97(2) Akta Kanak-Kanak 2001 dan hukuman itu akan digantikan dengan penjara bagi suatu tempoh yang ditentukan oleh Yang di-Pertuan Agong, Sultan atau Yang Dipertua Negeri, bergantung kepada tempat kesalahan dilakukan.
Pada 18 Feb lepas, Jabatan Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan bahawa ia masih boleh menyiasat dan menyemak pertuduhan membunuh terhadap remaja itu yang didakwa menikam bayinya sehingga mati serta menggantikannya dengan pertuduhan lain.
Terdahulu dalam prosiding hari ini, peguam Ramkarpal Singh berkata jaminan perlu diberikan kepada remaja itu kerana dia adalah mangsa rogol dan eksploitasi seksual yang memerlukan perlindungan.
Peguam itu berkata tiada alasan munasabah untuk mempercayai bahawa dia melakukan pembunuhan, sambil menambah bahawa dia mungkin membunuh bayi mengikut Seksyen 309A Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Seksyen itu menyatakan mana-mana wanita yang menyebabkan kematian anaknya yang baru dilahirkan apabila keadaan mentalnya terganggu, dia bersalah atas kesalahan membunuh bayi.
Ramkarpal, yang dibantu peguam Sangeet Kaur Deo dan Harshaan Zamani berkata gadis itu kini dalam pemerhatian psikiatri dan penilaian lanjutan di hospital yang akan berakhir pada 22 Mei ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya Eyu Ghim Siang berkata demi kepentingan gadis itu, dia harus ditempatkan sementara di rumah kebajikan sebelum kesnya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi kerana kemudahan yang disediakan oleh rumah kebajikan sesuai untuk remaja itu dan jaminan tidak sepatutnya diberikan.
Sangeet Kaur memberitahu mahkamah bahawa ibu gadis itu tidak dibenarkan menemuinya walaupun ketika dia berada di rumah kebajikan tersebut.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked