KUALA LUMPUR: Masalah brek dialami sebuah lori bermuatan getah beku menjadi punca kenderaan itu terbabas sebelum merempuh sembilan kenderaan lain dalam kemalangan di KM 9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang di sini, malam tadi.
KUALA LUMPUR: Masalah brek dialami sebuah lori bermuatan getah beku menjadi punca kenderaan itu terbabas sebelum merempuh sembilan kenderaan lain dalam kemalangan di KM 9.2 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (Elite) dekat Subang di sini, malam tadi.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor DSP Ahmad Izuddin Mohd Juhari berkata kemalangan kira-kira 11.44 malam itu menyebabkan tiga individu cedera.
Beliau berkata mereka yang cedera terdiri daripada dua warga Bangladesh iaitu seorang wanita dan seorang kanak-kanak perempuan berumur lima tahun serta seorang kanak-kanak lelaki tempatan berusia 10 tahun.
Menurutnya hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku apabila lori dari arah Slim River, Perak menghala Tampin, Negeri Sembilan itu terbabas dan merempuh sembilan kenderaan yang berhenti di lorong tengah serta paling kanan kerana terdapat kerja-kerja pembinaan jalan.
“Dua kanak-kanak yang tersepit cedera di kepala dan peha serta diselamatkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Subang Jaya lalu dibawa ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ahmad Izuddin berkata pemandu lori berusia 54 tahun itu memberikan kerjasama yang baik bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Sementara itu, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang dengan kekuatan enam pegawai serta anggota digegaskan ke lokasi kejadian.
Beliau berkata kenderaan yang terjejas teruk akibat kemalangan itu adalah Perodua Axia dinaiki empat sekeluarga dan kenderaan pelbagai guna (MPV) Nissan Grand Livina dinaiki tujuh warga Bangladesh. – AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked