Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

REMAJA LEMAS MANDI DI TASIK CERMIN

DALAM NEGARA

REMAJA LEMAS MANDI DI TASIK CERMIN

Mangsa yang hilang adalah Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, berasal dari Sementa, Klang.

Sumber Gambar: JBPM Selangor

SHAH ALAM: Keseronokan tujuh remaja bermandi manda di Tasik Cermin, Setia Alam, di sini bertukar tragedi selepas salah seorang daripada mereka ditemui lemas.

Ketua Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Datuk Norazam Khamis berkata, mangsa yang hilang adalah Muhammad Khairul Hamizan Mustapa, 16, berasal dari Sementa, Klang.

“Bomba menerima panggilan sekitar jam 12.16 tengah hari tadi sebelum menghantar 12 anggota bersama jentera bagi operasi mencari dan menyelamat mangsa.

“Kejadian berlaku semasa mereka sedang bermandi-manda di tasik tersebut dan salah seorang daripada mereka disedari hilang dipercayai lemas,” katanya.

Tambah Norazam, mangsa telah disahkan meninggal dunia selepas mayatnya dijumpai di lokasi lebih kurang 15 kaki dari tebing tasik pada jam 2.15 petang tadi sebelum dihantar ke Hospital Shah Alam bagi tindakan lanjut.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading