RIBUAN WARGA MAGHRIBI BERARAK SOKONG PALESTIN

SUMBER FOTO: XINHUANET

RABAT: Ribuan warga Maghribi berarak di ibu kota Rabat semalam untuk menyatakan solidariri terhadap rakyat Palestin dan menolak pelan damai Amerika Syarikat untuk timur tengah.

Memetik laporan Xinhuanet, penunjuk perasaan melaungkan sokongan sambil membawa sepanduk menyokong Palestin yang bertulis “Tolak Perjanjian Abad Ini Trump,” “Solidariti Buat Rakyat Palestin” dan “Bebaskan Palestin”.

SUMBER FOTO: XINHUANET

Mereka berarak selama berjam-jam sambil membawa bendera Palestin dan sepanduk besar.

Khalid Sefiani, ahli sekretariat Kumpulan Tindakan Nasional untuk Palestin, berkata, ia adalah hari bersejarah di mana rakyat Maghribi sebulat suara mengulangi penolakan mereka terhadap “Perjanjian Abad Ini”.

Perarakan itu dilakukan di atas permintaan beberapa badan politik, kesatuan sekerja dan pertubuhan sosial. — Terjemahan AlHijrah Online

Leave a Reply