Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

‘RIDER’ MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM NAHAS LIMA KENDERAAN

DALAM NEGARA

‘RIDER’ MAUT, SEORANG CEDERA PARAH DALAM NAHAS LIMA KENDERAAN

Seorang penghantar makanan maut sementara seorang penunggang motosikal cedera parah dalam nahas lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, di sini petang tadi.

Tangkap layar video tular.

KLANG: Seorang penghantar makanan maut sementara seorang penunggang motosikal cedera parah dalam nahas lima kenderaan di persimpangan lampu isyarat Jalan Meru-Jalan Haji Sirat, di sini petang tadi.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, ACP Vijaya Rao Samachulu berkata, pihaknya menerima laporan pada jam 2.30 petang melibatkan dua buah kenderaan utiliti sukan (SUV) Nissan X-Trail, dua motosikal dan sebuah Proton Wira.

“Kemalangan berlaku apabila sebuah kereta jenis Nissan X-Trail di lorong ketiga hendak membelok ke kanan dan tiba-tiba sebuah lagi Nissan X-Trail yang berada di lorong keempat jalan terus ke hadapan dan berlaku pelanggaran.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua Nissan X-Trail telah terbabas lalu merempuh dua motosikal dan sebuah kereta jenis Proton Wira,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, penghantar makanan seorang lelaki berumur 34 tahun meninggal dunia di tempat kejadian sementara seorang penunggang lagi, 29, cedera parah dan dihantar ke hospital.

Kedua-dua pemandu SUV yang berusia 20 dan 24 tahun terbabit telah ditahan untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.

Orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd Fadli Ismail di talian 017-2141318.

Terdahulu tular video rakaman kamera papan pemuka sebuah kenderaan di laluan bertentangan kenderaan suspek memaparkan dua buah SUV terbabit bergesel lalu bertembung dengan motosikal dinaiki mangsa.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading