Connect with us

ALHIJRAH NEWS

RM150 SEORANG UNTUK PELAJAR TINGKATAN ENAM MULAI TAHUN INI

UTAMA

RM150 SEORANG UNTUK PELAJAR TINGKATAN ENAM MULAI TAHUN INI

Seramai 96,013 pelajar tingkatan enam baharu dan sedia ada akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 bernilai RM150 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM14.4 juta.

PUTRAJAYA: Seramai 96,013 pelajar tingkatan enam baharu dan sedia ada akan menerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 bernilai RM150 seorang, melibatkan peruntukan keseluruhan sebanyak RM14.4 juta.

Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, daripada jumlah itu, seramai 52,810 pelajar tingkatan enam baharu di 616 Pusat Tingkatan Enam (PTE) seluruh negara akan menerima bantuan berkenaan.

Menurut KPM, agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu dilaksanakan oleh PTE bermula 28 Jun hingga 27 Julai.

“KPM meneruskan pelaksanaan agihan BAP kepada pelajar tingkatan enam baharu yang telah mendaftar pada 8 Jun selaras dengan kelulusan peluasan pemberian BAP kepada pelajar tingkatan enam sejak tahun lepas,” menurut kenyataan itu.

KPM memaklumkan peluasan pemberian BAP mencerminkan keprihatinan Kerajaan MADANI dalam meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga, selain memperkukuh komitmen kerajaan memperkasakan pendidikan tingkatan enam. — AlHijrah Online.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading