Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUNDINGAN GENCATAN SENJATA GAZA BERTERUSAN TANPA TETAPAN JANGKA MASA – QATAR

DUNIA

RUNDINGAN GENCATAN SENJATA GAZA BERTERUSAN TANPA TETAPAN JANGKA MASA – QATAR

Jumaat lalu, delegasi Israel kembali ke Doha untuk menyambung semula rundingan tidak langsung dengan kumpulan Palestin, Hamas, yang dibantu oleh Qatar dan Mesir.

Gambar fail (AFP)

DOHA: Qatar pada Selasa memaklumkan bahawa rundingan untuk menamatkan genosid Israel terhadap rakyat Palestin di Semenanjung Gaza sedang berlangsung, namun tiada jangka masa dapat ditetapkan bagi penyelesaiannya. 

Menurut kenyataan Kementerian Luar Negeri Qatar, Majed Al-Ansari, penasihat kepada Perdana Menteri Qatar dan jurucakap kementerian itu menjelaskan perkara berkenaan semasa taklimat mingguan di Doha, lapor Agensi Anadolu. 

Al-Ansari menegaskan bahawa rundingan masih berada pada tahap “teknikal” dan menekankan komitmen Qatar untuk terus menjadi pengantara meskipun berdepan pelbagai cabaran. 

“Qatar percaya bahawa usaha-usaha ini harus diteruskan walau betapa sukarnya keadaan,” katanya. 

Jumaat lalu, delegasi Israel kembali ke Doha untuk menyambung semula rundingan tidak langsung dengan kumpulan Palestin, Hamas, yang dibantu oleh Qatar dan Mesir.

Rundingan ini bertujuan memuktamadkan pertukaran tawanan serta mencapai gencatan senjata. 

“Kami hanya akan mengumumkan sebarang keputusan muktamad sebaik sahaja ia dicapai,” katanya. 

Hamas telah lama menyatakan kesediaannya untuk memuktamadkan perjanjian dan pada Mei 2024 bersetuju dengan cadangan Presiden Amerika Syarikat Joe Biden. 

Namun, Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu menarik diri daripada perjanjian itu dengan memperkenalkan syarat baharu, termasuk meneruskan operasi ketenteraan di Gaza serta enggan menarik balik tentera. Sebaliknya, Hamas menuntut penghentian penuh permusuhan dan pengunduran tentera Israel. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading