Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

RUU UNTUK MELINDUNGI AKIDAH, BUKAN ISU PERKAUMAN

DALAM NEGARA

RUU UNTUK MELINDUNGI AKIDAH, BUKAN ISU PERKAUMAN

KUALA LUMPUR: Penggubalan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam seharusnya diberi sokongan dan tidak dijadikan sebagai agenda politik untuk menyerang mana-mana pihak.

Pengerusi Lajnah Undang-Undang & Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Pusat, Wan Rohimi Wan Daud berkata, RUU tersebut bertujuan menyelamatkan akidah umat Islam daripada menyeleweng dan tiada kaitan dengan isu perkauman.

“Dalam perlembagaan kita sudah memberi recognition kepada Islam sebagai agama rasmi dengan memberi perlindungan. Agama lain tidak boleh berdakwah atau mempengaruhi orang Islam murtad dan keluar daripada ajaran Islam,“ katanya.

Jelasnya lagi, negeri pertama yang memperkenan Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama Bukan Islam ialah Terengganu, diikuti Kelantan, Selangor, Kedah, Melaka, Pahang, Johor, Perlis, Negeri Sembilan dan Perak.

Manakala empat negeri belum menggubal enakmen sekatan penyebaran agama atau ajaran bukan Islam kepada orang Islam ialah Wilayah Persekutuan, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

“Jangan polemikkan isu yang diperuntukkan oleh perlembagaan. Sepatutnya semua pemimpin Islam dan Melayu jadikan ini sebagai agenda.

“Ini untuk melindungi akidah. Kita sepatutnya menjunjung agenda untuk menyelamatkan akidah ummah. Sebab itu semua negeri ada (enakmen). Empat negeri lain mungkin ada kekangan,” jelasnya lagi.

Sementara itu katanya, semua parti politik digesa supaya bekerjasama dengan kerajaan dalam usaha memartabatkan undang-undang syariah di negara.

Ini kerana usaha memerkasa perundangan syariah memakan masa yang lama lebih-lebih lagi ketika negara masih berdepan pandemik COVID-19.—AlHijrah Online / Abdul Hakim


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading