Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SAMBUTAN JUBLI EMAS: JAWI DIHARAP JADI PERINTIS UNTUK JABATAN AGAMA LAIN

DALAM NEGARA

SAMBUTAN JUBLI EMAS: JAWI DIHARAP JADI PERINTIS UNTUK JABATAN AGAMA LAIN

KUALA LUMPUR: Tanggal 1 Februari 2024 melakar sejarah 50 tahun penubuhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar

KUALA LUMPUR: Tanggal 1 Februari 2024 melakar sejarah 50 tahun penubuhan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Sejak ditubuhkan pada 1 Februari 1974 jabatan agama itu telah memainkan peranannya dalam pengurusan dakwah, pengurusan masjid, penguatkuasaan undang-undang Syariah, pengurusan kekeluargaan Islam, pendidikan, dan penyelidikan.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata bersempena Sambutan Jubli Emas 50 tahun JAWI, jabatan itu diharap menjadi perintis kepada jabatan-jabatan agama yang lain dari segi pemantapan modal insan, kerjasama strategik, inovasi dalam memberikan perkhidmatan, membanyakkan program kerohanian, memantapkan bahagian penguatkuasaan agama supaya lebih sistematik dan berhikmah.

Ia selaras dengan Pelan Transformasi Hal Ehwal Agama menuju Malaysia MADANI (al-Falah), yang menggarapkan 5 teras strategik bersama 5 Nilai teras.

“50 Tahun bukan satu tempoh yang sekejap, pelbagai coretan kenangan, warna warni pengalaman, ujian dan cabaran telah kita lalui dan rasai dengan manisnya kejayaan memartabatkan perkhidmatan sebagai agensi perkhidmatan awam yang menyantuni masyarakat di Wilayah Persekutuan khususnya.

“Lima dekad telah memperlihatkan kepada kita bagaimana JAWI dalam menjalankan fungsinya membangun khaira ummah dan memelihara maqasid yang lima, seluruh warga JAWI tidak putus-putus memberikan komitmen jitu, melaksanakan tugasan dan fungsinya menjadikan JAWI untuk kekal utuh sehingga hari ini, tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas,” kata ketika berucap pada Program Wilayah Persekutuan Berselawat Sempena Sambutan Jubli Emas 50 Tahun JAWI.

Selain itu Mohd Na’im mahu JAWI untuk mengoptimumkan penggunaan teknologi terkini sebagai sumber perkhidmatan dan sistem pertahanan dari serangan siber.

Bagaimanapun, ia mesti tanpa sedikit pun mengurangkan prinsip dan nilai agama Islam dan kedudukan institusi Raja sebagai payung kepada seluruh rakyat.

JAWI memilih slogan “Membangun Khaira Ummah” sebagai tema Sambutan Jubli Emas yang bermaksud matlamat tertinggi yang ingin dicapai selaras dengan visi yang mendambakan kesejahteraan ummah.

“Khaira Ummah” hanya dapat dilahirkan apabila gerak kerja dakwah iaitu amar makruf dan nahi mungkar diimplementasikan dalam masyarakat serta Islam menjadi “way of life”.– AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading