SAMPAI BILA PENIPUAN UMRAH HARUS BERTERUSAN?

Siaran Berita AlHijrah 8 Oktober 2019 mengenai 250 penduduk PPR Kerinchi di Lembah Pantai yang ditipu syarikat/ejen menawarkan pakej umrah serendah RM1,500.

Mangsa terdiri daripada pesara, surirumah, ibu tunggal dan warga emas, yang sepatutnya ke Tanah Suci pada Oktober 2018. Hasrat ke Makkah terkubur dan duit juga lebur.

Mereka antara ribuan mangsa penipuan umrah saban tahun dengan statistik PDRM menunjukkan 104 kes penipuan dicatatkan tahun lalu dengan nilai kerugian jutaan ringgit.

Lebih menyedihkan penipuan ini membabitkan orang Islam dan dalangnya juga adalah orang Islam. Ikuti kupasan laporan khas AlHijrah Online mengenai isu “Penipuan Umrah Parah“.

Leave a Reply