Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKATAN BANTUAN: MESIR DESAK PENGUNDURAN ISRAEL DARI SEMPADAN GAZA DI RAFAH

DUNIA

SEKATAN BANTUAN: MESIR DESAK PENGUNDURAN ISRAEL DARI SEMPADAN GAZA DI RAFAH

Delegasi keselamatan Mesir mengesahkan Israel bertanggungjawab sepenuhnya menghalang bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza.

(Foto Arkib: AFP)

 “Kanak-kanak tidur atas pasir, minum air yang tidak selamat dan makan sangat sedikit”. Itu antara situasi yang dilaporkan di Gaza oleh pasukan Majlis Pelarian Norway kepada Al-Jazeera.

Ia berikutan sekatan bantuan oleh Israel di Lintasan Rafah selepas negara haram itu mengawal laluan penting tersebut bulan lalu.

Ketika ini, ratusan trak bantuan terkandas di Mesir sehingga ada barangan yang dilapor telah rosak.

Tekanan juga diberikan ke atas Israel dan Mesir untuk membuka semula lintasan berkenaan bagi membolehkan penghantaran bantuan ke Gaza.

Pegawai Mesir, Israel dan Amerika Syarikat (AS) yang bermesyuarat di Kaherah semalam menamatkan perbincangan mereka mengenai pembukaan semula lintasan Rafah di Gaza.

Al-Qahera News, memetik seorang pegawai kanan yang dikaitkan dengan perisikan Mesir berkata ketika mesyuarat itu, delegasi keselamatan Mesir mengesahkan Israel bertanggungjawab sepenuhnya menghalang bantuan kemanusiaan memasuki Semenanjung Gaza.

Kaherah enggan menyelaraskan bantuan kemanusiaan melalui lintasan sejak pengambilalihan Israel.

Pegawai yang dipetik oleh Al-Qahera itu berkata, Mesir mengulangi tuntutannya supaya Israel berundur dari sempadan Palestin di persimpangan Rafah, bagi membolehkan operasi bantuan diteruskan.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu berkata sekurang-kurangnya 500 hingga 600 trak diperlukan setiap hari untuk memenuhi keperluan rakyat Gaza yang berdepan kebuluran – Alhijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading