SEKOLAH BOLEH ANJUR HARI SUKAN DI SNBJ SECARA PERCUMA – HANNAH
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi tawaran istimewa kepada semua sekolah menggunakan Stadium Nasional Bukit Jalil secara percuma bagi tempoh dua tahun khusus untuk penganjuran hari sukan.
Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh ketika meninjau proses persiapan gantian rumput padang Stadium Nasional Bukit Jalil hari ini. Turut sama Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Datuk Hans Isaac (kanan) –fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) yang sebelum ini merupakan gelanggang rasmi skuad Harimau Malaya dan vanue bagi penganjuran konsert, bakal menjadi ‘padang baharu’ buat pelajar sekolah bermula Oktober ini.
Bersempena ulang tahun ke-25 Kuala Lumpur Sports City (KLSC), Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh berkata Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) memberi tawaran istimewa kepada semua sekolah menggunakan SNBJ secara percuma bagi tempoh dua tahun khusus untuk penganjuran hari sukan.
Katanya pelaksanaan konsep merakyatkan sukan melalui penggunaan fasiliti sukan di bawah PSM telah dipersetujui dalam mesyuarat perbadanan itu pada 17 Julai lepas dan kegunaan secara percuma untuk sambutan hari sukan sekolah itu tertakluk kepada kekosongan jadual tempahan.
“Ini selaras dengan pengumuman sebelum ini bahawa kita nak fokus olahraga sebagai satu sukan pembangunan akar umbi di peringkat sekolah. Saya mahu murid rasai pengalaman berlari 100 meter di SNBJ kerana ia mungkin beri inspirasi kepada mereka untuk menjadi atlet,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media malam penghargaan dan sambutan ulang tahun ke-25 KLSC di sini hari ini, yang turut dihadiri Pengerusi PSM Datuk Hans Isaac dan Ketua Pegawai Eksekutif PSM Mohd Faidz Sanusi.
Hannah berkata selain SNBJ, PSM turut memberi tawaran penggunaan secara percuma dua venue lain iaitu Kompleks Sukan Jalan Duta dan Kompleks Sukan Bukit Kiara kepada pihak sekolah.
“Sebelum ini, pihak sekoleh perlu bayar (kos sewa) dengan kadar diskaun jika mahu gunakan stadium, jadi selepas ini mereka dijemput membuat tempahan dengan PSM yang dijangka dibuka bermula bulan depan,” katanya.
Beliau berkata syarikat pengeluar makanan berkhasiat juga boleh mengiklankan produk mereka sekiranya terdapat hari sukan sekolah di tiga venue tersebut.
“Mereka boleh bincang dengan PSM mengenai kadar untuk pengiklanan, sekurang-kurangnya boleh tampung kos (tawaran percuma penggunaan venue),” katanya.
Sementara itu, Hannah berkata PSM selaku badan yang menguruskan KLSC atau sebelum ini dikenali Kompleks Sukan Negara, membuktikan peranannya sebagai badan pengelola stadium yang efisyen termasuk kejayaan menganjurkan beberapa acara bertaraf antarabangsa seperti Sukan Komanwel 1998, Sukan SEA 2001 dan Sukan SEA 2017.
Menurutnya KLSC yang diuruskan PSM diharap dapat terus memantapkan aspek tadbir urus dan pengurusan stadium dalam menjadikannya venue pilihan utama penganjur acara dalam dan luar negara. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked