KUALA LUMPUR: Tarikh pembukaan semula sekolah rendah dan menengah diumumkan bermula 15 Julai dan dilaksanakan secara berperingkat.
Menteri Kanan (Pendidikan) Dr Radzi Jidin berkata pembukaan sekolah secara berperingkat itu dibuat Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) setelah mengambil kira saranan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Bagi sekolah menengah, murid Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 serta murid Kelas Peralihan akan kembali ke sekolah bermula pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
“Untuk sekolah rendah pula, murid Tahun 5 dan Tahun 6 akan kembali ke sekolah pada hari Rabu, 15 Julai 2020. Manakala, tarikh pembukaan semula sekolah bagi murid Tahun 1 hingga Tahun 4 adalah pada hari Rabu, 22 Julai 2020,” kata Radzi.
Radzi berkata keputusan penawaran kemasukan calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 ke Tingkatan 6 semester 1 tahun 2020 boleh disemak bermula hari ini melalui portal KPM.
Calon lepasan SPM yang layak katanya akan mendaftar pada hari Rabu, 15 Julai 2020.
Bagi sekolah berasrama, Radzi berkata semua murid dijangka dapat kembali ke asrama dalam tempoh 28 hingga 42 hari daripada 24 Jun 2020.
“Tempoh untuk kembali ke asrama ini bergantung kepada bilangan murid dan akan ditetapkan oleh pihak sekolah,” katanya.
Radzi berkata tarikh pembukaan semula sekolah ini terpakai kepada semua sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, sekolah swasta dan mana-mana institusi pendidikan yang berdaftar dengan KPM.
“Bagi sekolah yang tidak berdaftar dengan KPM pula, mereka juga disaran untuk turut mengikut tarikh pembukaan penuh sekolah yang ditetapkan,” katanya.
Dalam pada itu Radzi memaklumkan keputusan pembukaan semula sekolah ini dibuat KPM ini bertunjangkan kepada asas-asas yang kukuh dengan mengambil kira kepentingan guru, murid dan ibu bapa.
“Percayalah, kami di KPM akan terus berikhtiar bersungguh-sungguh dalam menjalankan amanah yang diberikan kepada kami untuk memastikan generasi masa depan negara mendapat pendidikan yang terbaik,” katanya.
Radzi berkata pihaknya memohon jasa baik semua pihak untuk bekerjasama bagi memastikan pembukaan semula sekolah akan dapat berjalan dengan lancar dan anak-anak dapat bersekolah dalam keadaan yang selamat. — AlHijrah Online / Zaim Zamani
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.