SEKURANG-KURANGNYA 12 MAUT DALAM NAHAS PESAWAT KARGO UPS DI KENTUCKY
Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah pesawat kargo terhempas pada Selasa sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa di Louisville, Kentucky, menurut Datuk Bandar Craig Greenberg pada Rabu.
WASHINGTON: Sekurang-kurangnya 12 orang terbunuh selepas sebuah pesawat kargo terhempas pada Selasa sejurus selepas berlepas dari lapangan terbang antarabangsa di Louisville, Kentucky, menurut Datuk Bandar Craig Greenberg pada Rabu.
“Saya amat sedih untuk memaklumkan bahawa angka kematian telah meningkat kepada 12, dengan beberapa individu masih belum ditemukan,” kata Greenberg di platform media sosial X, lapor Anadolu Ajansi.
Terdahulu, Gabenor Kentucky Andy Beshear berkata seorang kanak-kanak antara yang terkorban, “dan kanak-kanak itu masih sangat muda, menjadikannya lebih sukar untuk diterima”.
Penerbangan UPS 2976 itu terhempas kira-kira 5.15 petang waktu tempatan (2215GMT) selepas berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Muhammad Ali (SDF) menuju ke Honolulu, Hawaii.
Beshear memberitahu pemberita bahawa beliau telah mengisytiharkan darurat.
“Berita baharu hari ini, susulan kejadian semalam, ialah pengisytiharan darurat bagi membantu kita menangani nahas pesawat ini. Ia membolehkan kita menggerakkan sumber dengan lebih cepat melalui pengurusan kecemasan dan Pengawal Kebangsaan Kentucky,” katanya.
Selain itu, Beshear berkata beliau telah menubuhkan Tabung Bantuan Kecemasan Team Kentucky bagi membantu mereka yang terjejas akibat “nahas dahsyat ini.”
Pihak berkuasa pada Selasa memaklumkan bahawa 11 orang telah dibawa ke hospital susulan insiden itu.
Lembaga Keselamatan Pengangkutan Kebangsaan (NTSB) mengetuai siasatan nahas tersebut.
Ahli NTSB Todd Inman memberitahu pemberita bahawa terdapat tiga individu di dalam pesawat berkenaan. Selepas mendapat kebenaran untuk berlepas, “kepulan api besar” kelihatan di bahagian sayap kiri semasa pesawat mula berlepas.
Beliau berkata NTSB akan menganalisis fakta, menentukan punca kemalangan dan mengeluarkan laporan serta syor.
“Kami telah mengenal pasti perakam suara kokpit dan perakam data penerbangan, yang lazimnya dirujuk sebagai ‘kotak hitam’,” kata Inman.
Apabila ditanya tentang keadaan fizikal kotak hitam itu, Inman berkata beliau hanya melihat satu gambar.
“Anda boleh kenal pasti dengan jelas ia adalah kotak hitam, dua silinder di bahagian atas. Pakar kami berkata mereka dapat mengenal pasti dengan mudah. Namun, kami tidak akan tahu dengan pasti sehingga ia tiba di Washington, DC,” katanya.
“Mujurlah, ia tidak berada dalam kebakaran selepas impak selama berhari-hari atau di dasar lautan. Walaupun api mungkin kuat, ia direka untuk menahan keadaan sebegitu. Setelah sampai ke DC, kami boleh membukanya,” tambahnya.
Lapangan terbang itu dibuka semula untuk trafik udara awal Rabu, kata Pentadbiran Penerbangan Persekutuan (FAA), namun beberapa laluan teksi masih ditutup.
Pengarah Eksekutif Lapangan Terbang Antarabangsa Louisville Muhammad Ali, Dan Mann, memberitahu pemberita bahawa lapangan terbang kini “beroperasi.”
“Kami memang mengalami beberapa kelewatan. Semalam, 21 penerbangan dibatalkan… Hari ini pula, 16 penerbangan dibatalkan… Kami menjangka mungkin akan ada lebih banyak kelewatan dan beberapa pembatalan lagi sehingga satu lagi landasan dibuka. Namun, kami beroperasi,” katanya.
Greenberg turut memberi amaran kepada orang awam supaya tidak menerbangkan dron berhampiran lokasi nahas pesawat.
“Tolong jangan jadi individu yang mengganggu usaha pemulihan kami. Beri peluang kepada anggota penyelamat dan pasukan NTSB untuk menjalankan tugas mereka, dan jangan gunakan dron di ruang udara terhad itu buat masa ini,” katanya pada sidang akhbar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager