Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEKURANG-KURANGNYA SEMBILAN MAUT, BAS TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI INDIA

DUNIA

SEKURANG-KURANGNYA SEMBILAN MAUT, BAS TERBAKAR DALAM KEMALANGAN DI INDIA

Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas terbakar sejurus berlanggar dengan sebuah trak kontena di selatan India pada awal Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Sumber: Media sosial

NEW DELHI: Sekurang-kurangnya sembilan orang maut manakala beberapa yang lain cedera selepas sebuah bas terbakar sejurus berlanggar dengan sebuah trak kontena di selatan India pada awal Khamis, lapor Anadolu Ajansi.

Pegawai berkata kejadian itu berlaku di daerah Chitradurga, negeri Karnataka.

Menurut laporan, bas yang membawa 32 penumpang itu sedang dalam perjalanan dari Bengaluru ke Shivamogga apabila kemalangan itu berlaku di Lebuh Raya Nasional-48.

Bas berkenaan terbakar akibat impak perlanggaran itu, kata pegawai kanan polis Ravikanthe Gowda kepada pemberita sambil mengesahkan jumlah korban.

Gowda berkata kebanyakan mangsa rentung di dalam kenderaan itu manakala penumpang yang cedera telah dikejarkan ke hospital untuk rawatan.

Laporan menyebut bas itu dirempuh oleh trak yang datang dari arah bertentangan selepas kenderaan berkenaan merempuh pembahagi jalan sebelum melanggar bas tersebut.

Sementara itu, Perdana Menteri India Narendra Modi berkata beliau sedih dengan kejadian itu.

“Takziah kepada mereka yang kehilangan orang tersayang. Semoga mereka yang cedera segera sembuh,” tulis Modi di platform X.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading