Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SEMANGAT PATRIOTISME, KANAK-KANAK BERUNIFORM SAMBUT MERDEKA

DALAM NEGARA

SEMANGAT PATRIOTISME, KANAK-KANAK BERUNIFORM SAMBUT MERDEKA

Kanak-kanak beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya hari ini menunjukkan semangat patriotisme mereka di usia muda.

PUTRAJAYA: Kanak-kanak beruniform Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) ketika menghadiri Sambutan Hari Kebangsaan ke-66 di Putrajaya hari ini menunjukkan semangat patriotisme mereka di usia muda.

Menurut Wan Qalish, 9 tahun, minat terhadap pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjadikan dia dan adiknya bersemangat untuk memperagakan baju seragam tersebut hari ini.

“Saya dan adik sangat suka tentera, jadi kami bersemangat untuk datang hari ini kerana boleh memakai baju tentera,” katanya pada AlHijrah Online.

Ibu mereka, Suhana Hasan, 35 tahun, meluahkan rasa teruja dan gembira kerana dapat membawa anak-anak merasai sendiri sambutan merdeka di Putrajaya.

“Kami tiba di Putrajaya seawal jam 4 pagi untuk bersedia dan mendapatkan tempat di bahagian hadapan memandangkan anak-anak masih kecil dan sukar untuk menyaksikan pertunjukkan sekiranya berada di bahagian belakang,” katanya.

Suhana juga berkongsi, idea memakai pakaian beruniform itu juga datang dari anak-anaknya yang sangat teruja dengan badan beruniform berkenaan. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading