TIDAK KISAH BERSESAK, DATANG DARI JAUH DEMI SAMBUT HARI KEBANGSAAN
Lautan manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di Putrajaya, tidak sedikit pun melunturkan semangat orang ramai yang hadir terus kekal ke penghujung sambutan bagi meraikan hari yang penuh bersejarah bersama-sama.
PUTRAJAYA: Lautan manusia pada sambutan Hari Kebangsaan 2023 di sini, tidak sedikit pun melunturkan semangat orang ramai yang hadir terus kekal ke penghujung sambutan bagi meraikan hari yang penuh bersejarah bersama-sama.
Pengunjung pelbagai kaum tidak kira tua atau muda dilihat tidak kisah bersesak dan berhimpit antara satu sama lain, malah ada yang sanggup datang sekeluarga dari luar Putrajaya semata-mata untuk berada di Dataran Putrajaya, menyaksikan sambutan kemerdekaan negara ke-66.
Bagi Anita Mary Fr, 35, dia tidak pernah hadir ke mana-mana sambutan Hari Kebangsaan sebelum ini dan pengalaman kali pertamanya ini amat mengujakan serta melahirkan rasa seronok dengan persembahan udara yang memukau ribuan pengunjung.
“Memandangkan sekarang cuti sekolah dan saya tidak balik kampung ke Taiping, Perak, jadi saya menggunakan peluang itu untuk datang ke sini (dataran),” kata guru Bahasa Inggeris itu yang menggunakan bas perantara percuma dari Putrajaya Sentral untuk ke Dataran Putrajaya.
Seawal 1 pagi, orang ramai sudah mula membanjiri pekarangan Dataran Putrajaya dan ada juga yang sanggup “berkampung” dan tidur di kaki lima bangunan untuk sama-sama menyambut Hari Kebangsaan 2023.
Ibu kepada sepasang anak, May Cham yang berusia lingkungan 40-an berkata dia sangat berpuas hati dengan persembahan dan perarakan yang dipamerkan pada sambutan hari ini.
“Saya paling suka tengok perarakan kontinjen keselamatan, mereka nampak segak dan aset-aset yang dipamerkan pun menarik,” katanya yang datang dari Puchong, Selangor bersama tujuh ahli keluarga yang lain.
Dalam pada itu, Cham berkata untuk sambutan tahun hadapan, mungkin pihak penganjur boleh mempertimbangkan untuk menyediakan skrin televisyen di lebih banyak lokasi bagi memberi peluang pengunjung yang tidak dapat duduk di barisan hadapan untuk sama-sama menyaksikan persembahan dan perarakan.
Pekerja kilang, Zawawi Junuh, 35, yang hadir ke sini bersama isterinya dari Melaka berpendapat persembahan udara adalah yang paling menarik.
“Dari kecil saya hanya tengok sambutan Hari Kebangsaan di kaca televisyen dan tahun ni bila dapat tengok depan mata sendiri, perasaan itu sukar diungkapkan. Saya memang rasa gembira dan mungkin akan datang lagi tahun depan,” katanya.
Pelbagai gelagat manusia turut dapat dilihat ketika acara perarakan pasukan beruniform terutamanya apabila kenderaan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) membawa “abang bomba” menerima tepukan gemuruh dan sorakan daripada orang ramai.
Tidak kurang ada hadirin yang menjerit “abang sado” dan sebagai balasan, anggota bomba yang berada di atas kenderaan membaling bunga ros plastik secara rawak ke arah pengunjung.
Ada sesetengah pengunjung pula memakai baju bertemakan warna Jalur Gemilang, bandana merdeka yang tertera perkataan “Malaysiaku” dan “Anak Malaysia”, tidak kurang juga yang mewarnakan muka dengan corak celoreng dan Jalur Gemilang.
Di beberapa sudut, kelihatan peniaga kecil-kecilan turut mengambil peluang mencari pendapatan tambahan dengan menjual makanan ringan seperti burger, roti dan minuman.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests