SHAH ALAM: Anggota tentera, Sarjan Siti Mariam Ali tidak dapat menggambar keterujaan dapat melahirkan bayi keempatnya pada Hari Kebangsaan di sini, hari ini.
Kakitangan Kor Kesihatan Diraja (KKD) di Pangkalan Udara Subang itu berkata beliau dan suami Sarjan Sumail Gilada, 40, tidak menyangka bayi mereka akan dilahirkan pada tarikh bersejarah itu, kerana beliau dijangka bersalin pada 19 Sept depan.
“Saya jangka mungkin bersalin awal seminggu atau sebagainya, tidak jangka bayi keluar seawal ini, Alhamdulilah segala urusan dipermudahkan.
“Memandangkan saya dan suami kedua-duanya adalah anggota tentera, saya sangat bangga dapat lahirkan anak Merdeka. Saya berharap dia menjadi anak yang berguna untuk bangsa dan negara,” katanya ketika ditemui pemberita di wad bersalin, Hospital Shah Alam di sini hari ini.
Siti Mariam, 41, melahirkan anak lelakinya itu pada 12.17 tengah malam, setelah masuk ke dewan bersalin pada jam 10 malam dan selamat melahirkan bayi seberat 2.2 kilogram secara normal.
Setakat 2 petang tadi, seramai lapan bayi iaitu enam lelaki dan dua perempuan dilahirkan pada hari ini di Hospital Shah Alam.
Terdahulu, Yayasan Kita Anak Malaysia hadir menyampaikan sumbangan hamper barangan bayi dan meraikan bayi merdeka di hospital berkenaan.
Pengarah Urusannya Prof Madya Dr Sara Chinnasamy berkata pihaknya berterima kasih dengan pihak hospital, kerana memberi ruang kepada mereka untuk meraikan bayi yang dilahirkan pada Hari Kebangsaan yang ke-66, hari ini.
“Hari ini, kita menyerahkan hamper barangan bayi untuk ibu yang melahirkan bayi merdeka di Hospital Shah Alam. Kita juga ada menyediakan kelengkapan untuk petugas dan jururawat di wad bersalin ini, kerana kita yakin pasti ada lagi ibu-ibu yang akan melahirkan anak hari ini.
“Objektif utama program kami bertujuan mahu menyemai semangat kemerdekaan terutama bagi generasi masa depan dan mencintai tanah air,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.