SEMARAK SUBUH: ERAT HUBUNGAN DENGAN ALLAH, SESAMA MUSLIM – ONN HAFIZ
“Sejujurnya, saya menitis air mata melihat begitu ramai orang Islam datang berbondong-bondong, ribuan manusia daripada yang berusia sehingga kanak-kanak, lelaki dan juga perempuan semua ada syukur alhamdulillah.”
JOHOR BAHRU: Program Semarak Subuh yang dijalankan kerajaan Johor berpotensi menjadi platform untuk umat Islam di negeri ini mengeratkan hubungan dengan Allah SWT dan sesama muslim.
Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata sehubungan itu, pihaknya berharap program yang diadakan pada setiap subuh Jumaat itu dapat dilaksanakan secara berterusan di seluruh negeri ini.
“Apabila kita adakan Program Semarak Subuh dan digabung dengan ‘#GengSubuhMacamJumaat’ yang digerakkan selebriti Alif Satar, saya tengok ini satu permulaan yang baik dan saya harap kita semua umat Islam khususnya di Johor akan terus istiqamah untuk melaksanakan program ini secara berterusan.
“Sejujurnya, saya menitis air mata melihat begitu ramai orang Islam datang berbondong-bondong, ribuan manusia daripada yang berusia sehingga kanak-kanak, lelaki dan juga perempuan semua ada syukur alhamdulillah,” katanya kepada Bernama ketika ditemui di kediaman rasminya di Saujana di sini semalam.
Beliau pada masa yang sama turut berharap daerah lain di negeri ini turut melaksanakan program itu dalam usaha mengimarahkan lagi masjid dan surau di seluruh Johor.
Semalam, lebih 12,000 jemaah hadir mengimarahkan Masjid Sultan Iskandar, Bandar Dato’ Onn di sini dalam Program Semarak Subuh.
Onn Hafiz berkata semenjak masjid itu didirikan, semalam merupakan kali pertama solat subuh berjemaah terpaksa didirikan dua kali kerana terlalu ramai yang hadir.
Sementara itu, Alif menerusi satu hantaran video dalam akaun Instagram miliknya meluahkan rasa terharu dengan sambutan Program Semarak Subuh di Masjid Sultan Iskandar itu.
“Alif tengok di media sosial lebih 12,000 orang solat jemaah di masjid Johor. Masya-Allah sampai dua kali kena buat solat subuh, dua kumpulan, alhamdulillah. Ramai orang tag Alif di Instagram. Di Terengganu, Sabah, Sarawak dan Melaka semua orang dah ikut serta ‘#GengSubuhMacamJumaat’.
“Alif tahu kita dah usaha macam-macam tetapi ‘#GengSubuhMacamJumaat’ ini kita benar-benar minta daripada Pencipta, doa kita ialah senjata orang mukmin, teruskan berdoa untuk saudara di Palestin,” katanya.
Program Semarak Subuh merupakan inisiatif Onn Hafiz yang menyasarkan pelaksanaannya di 56 kawasan Dewan Undangan Negeri Johor dengan peruntukan berjumlah RM560,000.
Program melibatkan 838 masjid dan 1,942 surau di seluruh Johor itu mula dilancarkan 5 Jan lepas dan akan diadakan pada setiap subuh Jumaat sepanjang tahun ini. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH NEWS
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager