Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LELAKI DITAHAN LEMPAR DAN KOYAK AL-QURAN DI JEMPOL

DALAM NEGARA

LELAKI DITAHAN LEMPAR DAN KOYAK AL-QURAN DI JEMPOL

Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuang helaian dan cebisan al-Quran di Jalan Besar Palong dekat sini semalam.

Sumber gambar: PDRM

JEMPOL: Polis menahan seorang lelaki kerana disyaki membuang helaian dan cebisan al-Quran di Jalan Besar Palong dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Jempol Supt Hoo Chang Hook berkata tangkapan dilakukan selepas polis menerima tiga laporan polis berhubung kejadian terbabit.

“Polis menerima laporan daripada seorang wanita memaklumkan telah nampak seorang lelaki menaiki motosikal melemparkan helaian dan cebisan al-Quran yang dikoyakkan di tepi Jalan Besar Palong semalam. Selain itu, polis turut menerima dua laporan penemuaan helaian dan senaskah al-Quran di atas jalan raya itu.

“Suspek ditahan bersama senaskhah al-Quran dan hasil siasatan awal mendapati suspek mengaku terlibat dalam kejadian terbabit,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Hoo berkata hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek berumur 37 tahun itu positif dadah jenis methamphetamine serta mempunyai dua rekod kesalahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya dan satu rekod di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Permohonan reman terhadapnya akan dibuat di mahkamah di bawah Seksyen 117 Kanun Prosedur Jenayah esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 298A dan 427 Kanun Keseksaan. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading