Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

INSTITUSI MUFTI PERLU BAWA ISU BERSIFAT NASIONAL KE MKI SEBELUM BERI JAWAPAN – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

INSTITUSI MUFTI PERLU BAWA ISU BERSIFAT NASIONAL KE MKI SEBELUM BERI JAWAPAN – MOHD NA’IM

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar turut berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar –fotoBERNAMA

KUALA LUMPUR: Institusi mufti dinasihatkan untuk membawa sebarang isu yang bersifat nasional ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI) sebelum mengeluarkan sebarang jawapan terhadap isu itu.

Saranan itu dibuat Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar dalam kenyataan malam ini yang turut berkata proses penyediaan jawapan bagi apa-apa isu boleh ditambah baik dengan disertakan hujah yang konkrit serta jalan penyelesaian.

“Ia tidak boleh tergantung supaya tidak timbul kegusaran dalam masyarakat awam. Perkara tersebut perlulah dipertimbangkan secara menyeluruh selain penjelasan yang terperinci,” katanya.

Mohd Na’im berkata demikian bagi mengulas jawapan Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan di laman sesawangnya, yang dilaporkan menasihati pekerja beragama Islam di bank konvensional agar mencari pekerjaan lain kerana institusi kewangan tersebut mempunyai muamalat berasaskan riba yang boleh menjurus kepada hukum haram. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading