Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

DALAM NEGARA

SEORANG LAGI JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA AKIBAT SERANGAN JANTUNG

Allahyarham telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung

Gambar ARKIB. Sumber: BERNAMA

MAKKAH: Seorang jemaah haji lelaki bagi musim haji 1447H telah meninggal dunia pada hari Khamis, 7 Mei 2026.

Lembaga Tabung Haji (TH) dalam kenyataanya berkata, jemaah tersebut berasal daripada Cheras, Selangor, berusia 55 tahun dan hadir bersama isteri dan empat ahli keluarga ke Tanah Suci.

“Allahyarham merupakan jemaah daripada kumpulan KT12 dan menginap di Hotel Al Kiswah di Makkah.

“Beliau telah disahkan meninggal dunia di Hospital King Abdullah pada jam 8.01 pagi akibat serangan jantung,” katanya hari ini. 

Jenazah Allahyarham telah dibawa ke Masjidil Haram untuk disembahyangkan selepas solat Asar dan selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Al Sharayea.

TH dalam pada itu mengucapkan takziah kepada ahli keluarga Allahyarham.

Setakat ini, tiga kematian jemaah haji Malaysia telah direkodkan bagi musim haji tahun ini.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading