Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, DUA CEDERA KERETA TERBABAS MASUK LONGKANG

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, DUA CEDERA KERETA TERBABAS MASUK LONGKANG

Seorang maut sementara dua cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi tadi.

KUALA LUMPUR: Seorang maut sementara dua cedera selepas kereta dinaiki terbabas dan terhumban ke dalam longkang di Taman Tangling Indah, Simpang Ampat, Nibong Tebal, awal pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira jam 4 pagi itu melibatkan tiga mangsa lelaki warga tempatan yang terperangkap dalam kereta jenis Honda City.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian kira-kira jam 4.06 pagi sebelum mengerahkan anggotanya ke lokasi kejadian.

“Kemalangan membabitkan sebuah kenderaan yang terbabas dan terjatuh ke dalam longkang. Terdapat tiga mangsa iaitu seorang di tempat pemandu manakala dua lagi di tempat penumpang bahagian depan dan belakang.

“Dua mangsa (penumpang) berjaya keluar menyelamatkan diri manakala seorang lagi (pemandu) tersepit dalam kenderaan itu,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Katanya, mangsa tersepit bagaimanapun disahkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan dari kenderaan itu.

“Dua orang mangsa yang mengalami cedera ringan telah dihantar ke Hospital Seberang Jaya untuk mendapatkan rawatan manakala mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 5.47 pagi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading