Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS PUTRAJAYA: PEMANDU TRELER MENGAKU TIDAK BERSALAH SEBABKAN KEMALANGAN HINGGA DUA MAUT

DALAM NEGARA

NAHAS PUTRAJAYA: PEMANDU TRELER MENGAKU TIDAK BERSALAH SEBABKAN KEMALANGAN HINGGA DUA MAUT

Dia didakwa memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Jalan Persiaran Utara di sini, pada 10.14 pagi 20 Sept lepas.

Sumber Gambar: BERNAMA

PUTRAJAYA: Pemandu lori treler yang terlibat dalam kemalangan merempuh 14 kenderaan lain di KM5.8 Jalan Persiaran Utara menghala Puchong pada 20 Sept lepas sehingga menyebabkan dua penunggang motosikal maut, dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Muhammad Izzatul Shafik Mozahari, 29, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Aima Nabila Muhammad Azhar.

Dia didakwa memandu secara merbahaya kepada orang awam dan menyebabkan kematian Faris Haziq Abu Bakar, 25, dan Yuswar Mohd Uyus, 39, di KM 5.8 Jalan Persiaran Utara di sini, pada 10.14 pagi 20 Sept lepas.

Pertuduhan mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333) yang membawa hukuman penjara antara lima tahun hingga 10 tahun serta denda tidak kurang RM20,000 dan tidak lebih RM50,000 jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Wan Nurul Amalina Abu Hanifah, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Wan Nurul Amalina memohon mahkamah mengenakan jaminan sebanyak RM10,000 berserta seorang penjamin namun mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM5,000 dengan seorang penjamin selain perlu melapor diri sebulan sekali di balai polis berhampiran sehingga kes selesai.

Mahkamah menetapkan 25 Okt depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Pada Rabu lepas, dua penunggang motosikal maut dan tujuh cedera apabila  sebuah treler muatan batu pasir merempuh kenderaan yang sedang berhenti dalam barisan di laluan terbabit termasuk sebuah motosikal polis trafik.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading