Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEORANG MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN DI KUALA KANGSAR 

DALAM NEGARA

SEORANG MAUT, TIGA CEDERA DALAM KEMALANGAN BABIT DUA KENDERAAN DI KUALA KANGSAR 

Seorang maut manakala tiga cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang dan kereta di Kampung Jamuan, Kuala Kangsar, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chuah Wei Chong, 35, yang memandu kereta jenis Proton Saga, manakala tiga penumpang bas cedera ringan.

Sumber: Media Sosial

IPOH: Seorang maut manakala tiga cedera selepas terbabit dalam kemalangan melibatkan sebuah bas penumpang dan kereta di Kampung Jamuan, Kuala Kangsar, malam tadi.

Pemangku Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Perak Shazlean Mohd Hanafiah berkata mangsa yang meninggal dunia dikenali sebagai Chuah Wei Chong, 35, yang memandu kereta jenis Proton Saga, manakala tiga penumpang bas cedera ringan. 

Mangsa yang cedera ialah V. Kalai Vani, 47, Yee Kar Choon, 48, dan Jahaya Mahabot, 70.

Beliau bekata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.08 malam dan mengarahkan sembilan anggota serta dua jentera ke lokasi kejadian. 

“Setibanya di tempat kejadian didapati terdapat seorang mangsa tersepit dalam Proton Saga, manakala pihak Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan tiga penumpang bas cedera ringan dan telah dibawa ke hospital berhampiran.

“Anggota bomba melaksanakan kerja penyelamatan menggunakan peralatan telescopic bagi membuat renggangan dan pemotong hidraulik bagi memotong bahagian kereta untuk mengeluarkan mangsa,” katanya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata mangsa yang tersepit  disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pasukan perubatan KKM dan mayat diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading