Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SERANGAN ISRAEL BIADAP, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

SERANGAN ISRAEL BIADAP, TIDAK BERTANGGUNGJAWAB – MOHD NA’IM

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam.

Gambar: AFP

KUALA LUMPUR: Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) mengutuk sekeras-kerasnya tindakan polis Israel yang menyerang dan menggunakan kekerasan terhadap rakyat Palestin dan jemaah yang berada di Masjid Al-Aqsa pada Rabu sehingga menyebabkan kecederaan awam.

Menterinya Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata tindakan polis negara haram itu yang menceroboh Masjid Al-Aqsa adalah biadab serta amat tidak bertanggungjawab malah tindakan tersebut berulang setiap tahun ketika umat Islam menjalani ibadah di bulan Ramadan.

“Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru seluruh rakyat termasuk masyarakat dunia mengutuk tindakan Israel termasuk menggesa agar serangan dan kekerasan ke atas jemaah Al-Aqsa ini dihentikan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau dalam pada itu memaklumkan masjid-masjid di bawah seliaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) iaitu Masjid Negara, Masjid Putra dan Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin telah diarah untuk melaksanakan solat hajat pada 6 April 2023. 

Masjid dan surau di bawah pentadbiran Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga telah diminta untuk melaksanakan solat hajat pada tarikh yang sama.  

“Bersempena bulan Ramadan Al-Mubarak ini, marilah bersama-sama kita mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada saudara-saudara kita di Palestin,” katanya.

Awal pagi tadi zionis bertindak menyerbu kompleks dan ruangan solat di Masjid Al-Aqsa ketika jemaah Palestin sedang sibuk melakukan solat sunat dengan aman.

Serangan itu tanpa alasan munasabah itu menyebabkan sekurang-kurangnya tujuh cedera. — AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading