Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SHAH ALAM DILANDA BANJIR KILAT

DALAM NEGARA

SHAH ALAM DILANDA BANJIR KILAT

Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 Shah Alam, ditenggelami air sehingga paras betis, susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang tadi.

Tangkap layar dari video tular.

SHAH ALAM: Beberapa kawasan sekitar Seksyen 13 di sini, ditenggelami air sehingga paras betis, susulan hujan lebat sekitar jam 3 petang tadi.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, berkata berdasarkan pemantauan pihaknya, air mula naik antara jam 3.40 sehingga 4.30 petang.

“Antara kawasan dikesan terjejas akibat hujan lebat adalah laluan Bulatan Stadium menghala ke Pangsapuri Acapella; persimpangan lampu isyarat di jalan berhampiran Surau Munawwarah; lampu isyarat di Kelab Golf Sultan Abdul Aziz Shah, jalan MSU lama dan kawasan sekitar Pangsapuri Perdana.

“Bagaimanapun, keadaan kini semakin terkawal kerana hujan sudah berhenti,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambahnya, pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa dan orang ramai khususnya pengguna jalan raya dinasihatkan agar sentiasa mematuhi arahan pihak berkuasa.

“Situasi di kawasan terlibat banjir kilat ini dalam keadaan terkawal setakat ini,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Selangor, Zulfikar Jaffar berkata, pihaknya setakat ini tidak menerima panggilan berkaitan kejadian.

“Bagaimanapun pemantauan dijalankan dari semasa ke semasa dan anggota bomba dihantar ke lokasi kejadian.

Terdahulu, rakaman video beberapa lokasi di Seksyen 13, dinaiki air mula tersebar di media sosial.

Menerusi satu rakaman, kawasan komersial di situ dinaiki sehingga hampir menenggelamkan tayar kereta yang diparkir berdekatan sebuah restoran.

Bagaimanapun, laluan berkenaan masih boleh dilalui selepas beberapa orang awam dilihat memandu keluar kereta masing-masing dari kawasan itu. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading