Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SIDANG PARLIMEN 19 DIS, USUL UNDI PERCAYA KEPADA PM – ANWAR

DALAM NEGARA

SIDANG PARLIMEN 19 DIS, USUL UNDI PERCAYA KEPADA PM – ANWAR

Sumber Gambar: BERNAMA

KUALA LUMPUR: Persidangan Parlimen ke-15, yang pertama di bawah kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, akan diadakan pada 19 Disember.

Anwar yang mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri ke-10 hari ini berkata satu usul undi percaya akan dibentangkan pada sidang itu bagi menamatkan soal keabsahan beliau selaku perdana menteri.

 “Usul pertama selain daripada angkat sumpah adalah usul dari kerajaan iaitu undi percaya. Jadi tidak  timbul keresahan kita tentang keabsahan yang ada,” katanya pada sidang media pertamanya sebagai perdana menteri di Sungai Long Golf & Country Club, Kajang dekat sini  hari ini.

Selain Pakatan Harapan (PH), beliau turut mendapat sokongan Ahli Parlimen daripada Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Warisan, Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan Bebas.

“Soal kestabilan tidak sepatutnya berbangkit,” katanya.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading