Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SITUASI DI GAZA AMAT BAHAYA: WAKIL KHAS PBB

DUNIA

SITUASI DI GAZA AMAT BAHAYA: WAKIL KHAS PBB

ANKARA: Peningkatan ketegangan di Gaza akan memusnakan usaha memperbaiki sosioekonomi di wilayah konflik itu, demikian menurut koordinator khas PBB untuk timur tengah.

“Saya amat bimbang dengan ketegangan berterusan antara Islamic Jihad dan Israel susulan pembunuhan salah seorang pemimpin kumpulan itu di Gaza,” kata Nickolay Mladenov dalam kenyataan dipetik agensi berita Anadolu hari ini.

Mladenov menegaskan tiada sebarang justifikasi serangan ke atas orang awam.

“Pelancaran roket dan mortal yang tidak mengenal sasaran ke atas populasi awam tidak boleh diterima dan perlu dihentikan segera.

“Situasi ini amat bahaya. Ianya cubaan memusnahkan usaha membaik pulih situasi sosioekonomi di Gaza dan mencegah konflik yang merosakkan,” katanya.

Mladenov berkata Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) cuba meredakan keadaan.

Sekurang-kurangnya 26 warga Palestin terbunuh dan 85 lagi mangsa, termasuk 30 kanak-kanak dan 13 wanita, cedera dalam serangan udara rejim Israel ke atas Gaza sejak Selasa lalu.

Situasi tegang di Gaza Selasa lalu selepas jet tempur Israel melancarkan serangan udara yang membunuh komander kumpulan penentang Islamic Jihad, Bahaa Abu al-Atta dan isterinya Asmaa Abu al-Atta.

Jet tempur rejim Israel juga melancarkan serangan udara menyasarkan pemimpin Islamic Jihad, Akram al-Ajouri di Damsyik, Syria.

Pemimpin kumpulan pejuang Palestin itu terselamat tetapi dua mangsa, termasuk anak lelaki al-Ajouri terbunuh, selain 10 cedera. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading