KUALA LUMPUR: Empat negara yang menyertai Pertemuan Tahunan Tidak Rasmi Menteri Agama Brunei, Indonesia, Malaysia dan Singapura (MABIMS) bersepakat menolak pendekatan keras dan ekstrim dalam menangani kemelut ummah.
Sebaliknya, Mesyuarat Pegawai Kanan (SOM) MABIMS Ke-44 di Singapura selama dua hari bermula kelmarin memutuskan negara angora berikrar menggunakan lebih santun, berhemah dan sederhana dalam menghadapi isu global.
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dalam kenyataannya di sini berkata, keputusan mesyuarat itu selari dengan dasar pentadbiran Islam Malaysia yang mengetengahkan pentadbiran RAHMAH.
Delegasi Malaysia ke mesyuarat MABIMS diketuai Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim turut membentangkan kertas tema pada mesyuarat SOM MABIMS ke-44 yang bertemakan “Masyarakat Islam Gemilang Pembawa Rahmat”.
Tema mesyuarat itu bertepatan dengan isu global masa kini, termasuk isu radikalisme, terrorisme, islamophobia dan isu dalaman umat Islam seperti perpecahan yang membimbangkan.
“Malaysia sewaktu membentangkan kertas tema telah mengetengahkan pendekatan oleh kerajaan dalam menangani isu perpaduan, keamanan dan kemakmuran iaitu dasar pentadbiran Rahmah.
“Dasar itu dilihat sebagai pendekatan sesuai dalam konteks Malaysia yang mempunyai pelbagai kaum, agama dan bangsa sama seperti di Negara Brunei Darussalam, Republik Indonesia dan Republik Singapura,” kata kenyataan itu.
Turut serta dalam mesyuarat pegawai kanan MABIMS itu ialah Ketua Pengarah Jabatan Wakaf Zakat dan Haji (JAWHAR), Roslan Said; Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Tuan Kamarul Arief Tuan Soh; Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAKIM, Datuk Paimuzi Yahya dan Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) JAKIM, Hakimah Mohd Yusoff.
Kenyataan itu berkata pendekatan konsep rahmah, penjagaan hak setiap makhluk, pelaksanaan moderasi dalam hal keagamaan yang berpandukan kepada Maqasid Syariah dan prinsip wasatiyyah akan dilaksanakan negara masing-masing agar menjadi contoh kepada dunia dalam menyelesaikan isu perpaduan, kemananan dan kemakmuran dunia.
MABIMS dimulakan sejak 1989 adalah suatu bentuk kesepakatan serantau yang bergerak atas dasar keagamaan bagi menjaga maslahah dan kepentingan umat Islam tanpa mencampuri hal politik negara anggotanya.
Ia berpandukan lapan bidang kerjasama disepakati iaitu Memperkasa Kehidupan Beragama yang diselaraskan Brunei, Membangun Potensi Belia (Indonesia), Meningkatkan Taraf Hidup Umat Islam Memerlukan (Malaysia), Meningkatkan Modal Insan Umat Islam (Indonesia), Meningkatkan Harmonisasi Masyarakat (Singapura), Memperluas Peranan MABIMS ke Dunia Luar (Malaysia), Menyelaras Rukyah dan Takwim Islam MABIMS (Indonesia) dan Memperkasa Penyelarasan Halal MABIMS (Malaysia). — AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests