JAKIM PANTAU PENULARAN VIDEO AMALAN SYIAH, KERJASAMA DENGAN PDRM DAN MCMC
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau penularan video didakwa berkaitan amalan Syiah yang tular di media sosial dan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) memantau penularan video didakwa berkaitan amalan Syiah yang tular di media sosial dan bekerjasama rapat dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).
Ketua Pengarah Jakim Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee berkata pihaknya maklum penularan video berkenaan yang didakwa berlaku dalam kumpulan atau di markas tertentu.
“Kita dapat maklumat dan bekerjasama dengan PDRM agar perkara ini tidak mengganggu keselamatan negara.
“Kita mahu mengelakkan daripada disebar atau (cubaan) mendapatkan ahli baharu atau menularkan pengaruh,” katanya.
Sirajuddin berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Sesi Libat Urus Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) bersama-sama Sekretariat Dakwah Korporat Jakim di sini hari ini.
Beliau berkata susulan penularan di media sosial, pihaknya akan berbincang dengan MCMC untuk tindakan lanjut.
Selain itu, beliau berkata pemantauan juga dilaksanakan secara berterusan pada peringkat negeri oleh jabatan dan majlis agama negeri.
Baru-baru ini, video berdurasi 20 saat memaparkan sekumpulan lelaki didakwa warga asing pengikut Syiah sedang berzikir sambil menari di sebuah markas ajaran itu di ibu negara tular di media sosial.
Sementara itu, Jakim dalam kenyataan memaklumkan ajaran Syiah difatwakan bercanggah dengan akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah oleh Jawatankuasa Fatwa pada pelbagai peringkat di Malaysia, antaranya Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 5 Mei 1996.
Selain itu, hampir semua negeri termasuk Selangor, Wilayah Persekutuan, Johor, Negeri Sembilan dan Kelantan telah mengeluarkan fatwa yang melarang atau mengharamkan penyebaran ajaran Syiah dalam kalangan umat Islam.
Jakim memaklumkan semakan media sosial mendapati isu itu mendapat perhatian meluas warganet, termasuk dikongsi semula oleh beberapa tokoh agama dengan ramai menggesa supaya tindakan segera diambil.
Jakim berkata keprihatinan warganet mencerminkan tahap keresahan awam yang tinggi terhadap dakwaan aktiviti ajaran Syiah.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.