2,000 ASNAF TERJERAT SINDIKET KELDAI AKAUN – ZAKAT SELANGOR
Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mendedahkan kira-kira 2,000 asnaf di negeri ini diperalat dan dijadikan keldai akaun susulan taktik penipuan sindiket yang memanipulasi golongan rentan berikutan kesempitan hidup.
KUALA LANGAT: Lembaga Zakat Selangor (Zakat Selangor) mendedahkan kira-kira 2,000 asnaf di negeri ini diperalat dan dijadikan keldai akaun susulan taktik penipuan sindiket yang memanipulasi golongan rentan berikutan kesempitan hidup.
Ketua Pegawai Eksekutif Zakat Selangor Mohd Khaizir Shahari berkata hasil semakan dalaman termasuk maklumat daripada institusi kewangan menunjukkan sebahagian penerima bantuan terkesan apabila akaun bank mereka disenarai hitam, sekali gus menjejaskan penyaluran bantuan bulanan.
“Mereka (asnaf) ini lebih senang dimanipulasi ekoran kesempitan wang. Ada yang sanggup menerima tawaran bayaran berjumlah RM100 setiap bulan dengan hanya serahkan kad pengenalan, buka akaun bank serta tetapkan kata laluan kad mesin pengeluaran automatik (ATM) sebelum diserahkan kepada sindiket.
“Biasanya mereka akan tersedar ketika mahu menerima bantuan bulanan. Pihak bank akan memaklumkan bayaran bantuan tidak lulus kerana akaun telah disenarai hitam,” katanya kepada pemberita, di sini hari ini.
Beliau berkata demikian pada sidang media Program Simbolik Agihan Bantuan Ramadan dan Hari Raya 1447H/2026M di Pusat Konvensyen KSL, yang turut dihadiri Timbalan Mufti Selangor Datuk Dr Miszairi Sitiris.
Mohd Khaizir berkata Zakat Selangor mula mengesan pola kegagalan transaksi bantuan apabila institusi perbankan memaklumkan akaun penerima tertentu disenarai hitam berikutan penglibatan dalam kes berkaitan penipuan kewangan.
“Apabila ditanya kepada bank, didapati akaun disenarai hitam sebab ada kes. Apabila kita lihat kes-kes itu didapati ramai pula asnaf kita menjadi keldai akaun. Sindiket pula beranggapan ini adalah peluang untuk buat duit.
“Oleh itu, Zakat Selangor terpaksa memikirkan kaedah lain sekiranya masih ada akaun asnaf yang tidak boleh diakses bagi memastikan bantuan boleh diserahkan dengan cepat,” katanya.
Dalam perkembangan sama, Mohd Khaizir menegaskan status disenarai hitam tidak menafikan kelayakan asnaf menerima zakat, sebaliknya menuntut kaedah penyaluran alternatif agar bantuan berterusan tanpa melanggar peraturan perbankan.
Sehubungan itu, beliau berkata Zakat Selangor akan mempergiat program literasi kewangan, kempen kesedaran anti-scam serta mekanisme penyaluran bantuan alternatif bagi memastikan kebajikan asnaf terus terpelihara, di samping memperkukuh kerjasama strategik dengan pihak bank serta agensi berkaitan.
Terdahulu, Mohd Khaizir mengumumkan Zakat Selangor pada tahun ini akan mengagihkan bantuan kepada lebih 78,000 ketua keluarga asnaf melibatkan jumlah keseluruhan mencecah hampir RM36 juta bermula 1 Ramadan bersamaan 19 Feb di seluruh negeri ini.
Sementara itu, beliau berkata Zakat Selangor menyasarkan peningkatan kutipan zakat fitrah sebanyak lima peratus tahun ini didorong usaha penambahbaikan sistem kutipan sedia ada secara berperingkat termasuk peluasan penggunaan aplikasi digital serta pengukuhan rangkaian petugas di masjid dan surau bagi memastikan kelancaran urusan pembayaran.
“Kita menyasarkan peningkatan kira-kira lima peratus berdasarkan prestasi kutipan 2024 yang merekodkan RM41 juta manakala pada 2025 sebanyak RM43 juta,” katanya.
Beliau berkata Zakat Selangor juga sedang giat memperkukuh keupayaan lapangan menerusi pelantikan 2,400 Penolong Amil Fitrah (PAF) yang ditempatkan di 460 masjid dan surau terpilih di seluruh negeri sepanjang Ramadan bagi memastikan kelancaran operasi kutipan.
Dalam usaha mempertingkat kecekapan kutipan, Mohd Khaizir memaklumkan setakat ini penggunaan sistem aplikasi mudah alih telah dilaksanakan sepenuhnya di lima daerah iaitu Kuala Selangor, Klang, Petaling, Hulu Langat dan Gombak, manakala daerah lain masih menggunakan kaedah hibrid.
Dalam perkembangan sama, beliau berkata 19 cawangan Zakat Selangor di seluruh negeri akan beroperasi tujuh hari seminggu termasuk cuti umum sepanjang Ramadan bagi menampung peningkatan kehadiran pembayar zakat serta memastikan akses perkhidmatan lebih meluas kepada masyarakat.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests