Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

UNIVERSITI MALAYA SIASAT DAKWAAN PENSYARAH KANAN TERLIBAT DENGAN FREEMASON

DALAM NEGARA

UNIVERSITI MALAYA SIASAT DAKWAAN PENSYARAH KANAN TERLIBAT DENGAN FREEMASON

Universiti Malaya (UM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan tular seorang pensyarah kanan universitinya disyaki terlibat dalam gerakan Freemason.

KUALA LUMPUR: Universiti Malaya (UM) menjalankan siasatan terhadap dakwaan tular seorang pensyarah kanan universitinya disyaki terlibat dalam gerakan Freemason.

Katanya, pihak universiti itu telah memulakan siasatan dalaman bagi mendapatkan gambaran menyeluruh dan meneliti perkara berkenaan secara adil, telus dan berlandaskan peruntukan undang-undang serta peraturan universiti yang berkuat kuasa.

“Orang ramai dinasihatkan agar memberi ruang sepenuhnya kepada proses siasatan ini dan mengelakkan sebarang spekulasi atau penyebaran maklumat yang belum disahkan, demi menjaga integriti siasatan serta privasi semua pihak yang terlibat.

“UM komited untuk memastikan setiap perkara ditangani secara profesional, beretika dan bertanggungjawab, selaras dengan prinsip tadbir urus yang baik,” katanya dalam satu kenyataan bertarikh 10 Februari.

Sebelum ini tular hantaran di Facebook mendakwa seorang pensyarah kanan Universiti Malaya yang beragama Islam telah menjadi pengikut Freemason.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading