Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SEMUA KRU DAN PENUMPANG TERSELAMAT DALAM NAHAS PESAWAT DI SOMALIA

DUNIA

SEMUA KRU DAN PENUMPANG TERSELAMAT DALAM NAHAS PESAWAT DI SOMALIA

Sebuah pesawat membawa 55 orang yang berlepas daripada landasan Lapangan Terbang Mogadishu  mendarat berhampiran pesisir pantai Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Sumber: AFP

MOGADISHU: Sebuah pesawat membawa 55 orang yang berlepas daripada landasan Lapangan Terbang Mogadishu  mendarat berhampiran pesisir pantai Lautan Hindi, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Semua penumpang dan kru terselamat dalam nahas itu, namun pesawat jenis Fokker itu mengalami kerosakan teruk.

Pihak berkuasa penerbangan Somalia pada Rabu memaklumkan yang punca kejadian yang berlaku sehari sebelumnya itu masih belum dapat dipastikan.

Penerbangan domestik itu dalam perjalanan ke Wilayah Galguduud di tengah Somalia. Disebabkan ancaman serangan oleh militan al-Shabaab, ramai rakyat Somalia memilih untuk menaiki penerbangan domestik berbanding melakukan perjalanan darat.

Lapangan terbang yang terletak berhampiran kawasan pentadbiran kerajaan di Mogadishu itu pernah beberapa kali menjadi sasaran serangan roket sebelum ini. Ketika berlepas dan mendarat, juruterbang akan membawa pesawat secepat mungkin ke arah laut terbuka yang berada di luar zon bahaya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading