Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PROGRAM HAJI: USTAZ DON, TV ALHIJRAH BERTEMU MUFTI WILAYAH DAN KP JAKIM

DALAM NEGARA

PROGRAM HAJI: USTAZ DON, TV ALHIJRAH BERTEMU MUFTI WILAYAH DAN KP JAKIM

Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara institusi dakwah, di samping membincangkan peranan media dalam menyampaikan mesej Islam yang sahih, sederhana dan berkesan.

PUTRAJAYA: Pendakwah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid bersama wakil TV AlHijrah telah mengadakan pertemuan dengan Mufti Wilayah Persekutuan, Ahmad Fauwaz Fadzil, serta Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Datuk Dr Sirajuddin Suhaimee, bagi membincangkan pendekatan penyampaian dakwah yang lebih berkesan kepada masyarakat.

Kunjungan tersebut bertujuan mengukuhkan hubungan strategik antara institusi dakwah, di samping membincangkan peranan media dalam menyampaikan mesej Islam yang sahih, sederhana dan berkesan.

Pertemuan itu juga menjadi platform pertukaran pandangan dalam usaha memperkasa penyampaian ilmu melalui pendekatan kreatif dan kontemporari yang lebih dekat dengan masyarakat masa kini.

Sempena kempen Haji 2026, Ustaz Don dijangka kembali bersiaran di TV AlHijrah menerusi beberapa program utama yang telah dirancang oleh stesen televisyen berkenaan.

Menggabungkan siaran dari studio dan laporan langsung dari Tanah Suci, program-program tersebut akan memberi penekanan kepada penghayatan rohani, persiapan menuju kemuncak Arafah serta refleksi diri, disampaikan dalam bentuk perbincangan yang santai dan mudah difahami. 

Setiap perkongsian yang akan dibawakan dalam program tersebut telah disusun agar selari dengan saranan pihak mufti serta panduan daripada JAKIM, bagi memastikan ketepatan fakta, kesahihan dalil dan kefahaman yang jelas kepada penonton.

Usaha bersepadu ini diharap dapat memperkukuh lagi peranan media sebagai jambatan ilmu, sekali gus membantu membentuk masyarakat yang lebih berpengetahuan, berakhlak dan memahami ajaran Islam secara menyeluruh. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading