SOKONGAN RAKYAT SUNTIK SEMANGAT ‘WIRA MERAH’ DALAM TRAGEDI 6 ANGGOTA BOMBA LEMAS
“Suasana ketika itu agak sedih dan pilu, tetapi saya nampak walaupun enam anggota kita telah meninggal dunia, kita (tetap) bahagikan tugas. Ada pegawai yang menguruskan jenazah mereka, ada yang fokus dengan misi utama kita masa itu yang masih belum selesai kerana mangsa lemas pada hari itu masih lagi belum dijumpai.”
MERSING: Masih jelas dalam ingatan Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba Mohd Rizal Buang tentang peristiwa sedih apabila enam anggota bomba terkorban ketika operasi mencari dan menyelamat seorang remaja yang lemas di sebuah lombong di Taman Putra Perdana, Puchong, Selangor, hampir empat tahun lepas.
Menurut Mohd Rizal yang ketika itu betugas sebagai Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamatan Selangor, walaupun amat sedih berikutan kejadian itu, dengan sokongan seluruh rakyat Malaysia semangat anggotanya tidak luntur dan meneruskan operasi mencari mangsa yang belum dijumpai.
“(Suasana) ketika itu agak sedih dan pilu, tetapi saya nampak walaupun enam anggota kita telah meninggal dunia, kita (tetap) bahagikan tugas. Ada pegawai yang menguruskan jenazah mereka, ada yang fokus dengan misi utama kita masa itu yang masih belum selesai kerana mangsa lemas pada hari itu masih lagi belum dijumpai.
“(Walaupun sedih) operasi tidak ditutup dan tidak diberhentikan, kita tetap teruskan,” katanya kepada Bernama baru-baru ini ketika berkongsi pengalamannya mengenai semangat kebersamaan rakyat Malaysia menyokong wira merah ketika tragedi itu sempena sambutan Hari Malaysia semalam.
Mohd Rizal yang juga pegawai bertugas secara langsung dalam kejadian itu menyifatkan sokongan dan bantuan tidak henti-henti rakyat Malaysia ketika itu telah membantu meningkatkan semangat pihak anggota bomba.
“Kita rasa terharu dan berbangga dengan semangat rakyat Malaysia ketika itu, daripada akar umbi sehinggalah pucuk pimpinan tertinggi negara. Kita memang nampak (semangat itu), (mereka) menunjukkan rasa simpati, rasa kebersamaan, rasa kekeluargaan.
“Semangat Keluarga Malaysia memang ada pada ketika itu, memberi semangat kepada kami bomba…wira merah untuk menghadapi peristiwa yang amat pedih,” katanya dan menambah pelbagai bantuan lain juga diberikan khususnya kepada waris enam anggota bomba yang terkorban dalam tragedi itu.
“Waris enam mangsa memang dari hari pertama (kejadian), sehingga sekarang bantuan tidak putus-putus, apatah lagi anggota kita masih muda, ada anak kecil yang ditinggalkan jadi kita pastikan waris mangsa mendapat pembelaan yang sewajarnya.
“Ada antaranya dapat bantuan perumahan, biasiswa, bantuan pelajaran untuk anak-anak dan sebagainya. Jadi saya pada masa itu, sangat terharu dengan semangat dan sokongan rakyat Malaysia yang jitu,” katanya.
Selain itu, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat juga turun padang dengan membawa pakar kaunseling yang membantu membuat beberapa bengkel terutama kepada pasukan yang kehilangan enam anggota itu.
“Kami diberi kaunseling serta menjalani beberapa program untuk memulihkan semangat, menghilangkan trauma yang ada. Jadi kerjasama antara agensi dan banyak pihak memainkan peranan pada masa itu.
“Dalam keadaan sedih, perasaan kami sedikit terubat bila tengok rakyat Malaysia bersatu padu, sangat memahami dan beri sokongan untuk kita naikkan moral untuk terus pandang ke depan,” tambah Mohd Rizal.
Pemangku Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor Penolong Pesuruhjaya Bomba, Mohd Rizal Buang
Apa yang penting katanya, beliau melihat pengalaman itu sebagai iktibar kepadanya dan pasukan sekali gus bagi mengemudi pasukan JBPM Johor yang turut mempunyai cabaran tersendiri.
“Saya sangat berterima kasih (kepada sokongan rakyat Malaysia) dan sebenarnya hasil daripada laporan dan siasatan yang dijalankan (kita lihat) kelemahan-kelemahan yang ada, penambahbaikan banyak dibuat dari segi prosedur operasi standard (SOP).
“(Dan) kita juga dapat peruntukan daripada pihak kerajaan untuk membina satu pusat latihan untuk penyelamatan di air. Buat masa ini, pusat itu di Akademi Bomba di Wakaf Tapai, Terengganu masih dalam proses pembinaan,” katanya.
Pada kejadian 3 Okt 2018 itu, enam anggota Pasukan Penyelamat Di Air JBPM, lemas dibawa arus ketika cuba menyelamatkan seorang remaja yang terjatuh di lombong di Taman Putra Perdana. Kejadian itu merupakan tragedi pertama dalam sejarah jabatan berkenaan melibatkan sekumpulan anggota. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager