Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

AS TINGKATKAN EKSPORT LNG KE PARAS TERTINGGI DALAM SEJARAH SEBELUM KONFLIK IRAN

DUNIA

AS TINGKATKAN EKSPORT LNG KE PARAS TERTINGGI DALAM SEJARAH SEBELUM KONFLIK IRAN

Amerika Syarikat (AS) meningkatkan eksport gas asli cecair (LNG) dengan ketara ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu US$5.5 bilion

Sumber AFP

MOSCOW: Pada Februari, sebelum tercetusnya konflik di Asia Barat, Amerika Syarikat (AS) meningkatkan eksport gas asli cecair (LNG) dengan ketara ke paras tertinggi dalam sejarah iaitu US$5.5 bilion, menurut pengiraan RIA Novosti berdasarkan statistik AS, lapor Sputnik/RIA Novosti.

AS mengeksport LNG bernilai US$5.5 bilion pada Februari, meningkat daripada US$4.4 bilion pada bulan sebelumnya.

Justeru, eksport melonjak sebanyak suku dalam tempoh sebulan, sekali gus mencapai paras bulanan tertinggi dalam sejarah moden. Agensi itu menyediakan data berkenaan sejak 2002.

Lima pembeli utama LNG AS pada Februari ialah United Kingdom (10.6 peratus daripada keseluruhan penghantaran), Belanda (10.1 peratus), Mesir (9.8 peratus), Sepanyol (8.4 peratus) dan Jerman (7.6 peratus).

Pada 28 Februari, AS dan Israel mula menyerang Iran, hingga mengakibatkan kerosakan dan korban dalam kalangan orang awam.

Iran melancarkan serangan balas ke atas wilayah Israel serta kemudahan tentera AS di Asia Barat.

Peningkatan ketegangan konflik itu hampir melumpuhkan sepenuhnya perkapalan melalui Selat Hormuz, iaitu laluan bekalan utama bagi minyak dan LNG dunia.

Keadaan itu mendorong kenaikan harga bahan api di kebanyakan negara.


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading