Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI BEKAS MODEL, PELAKON DIREMAN TIGA HARI

DALAM NEGARA

SUAMI BEKAS MODEL, PELAKON DIREMAN TIGA HARI

KUANTAN: Suami kepada bekas model dan pelakon direman tiga hari bermula hari ini hingga Khamis bagi membantu siasatan berhubung kes keganasan rumah tangga.

Perintah reman terhadap kontraktor berusia 46 tahun itu dikeluarkan oleh Majistret Tengku Eliana Tengku Kamaruzaman.

Lelaki berkenaan tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Kuantan sekitar 8.30 pagi.

Semalam, polis telah menahan suspek bagi membantu siasatan selepas bekas model dan pelakon berusia 36 tahun itu mendedahkan dirinya menjadi mangsa keganasan rumah tangga.

Lelaki berkenaan ditahan selepas hadir ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 506 dan 323 Kanun Keseksaan serta Seksyen 18 Akta Keganasan Rumah Tangga.

Sementara itu, Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata punca bekas model dan pelakon berkenaan menjadi mangsa keganasan rumah tangga dipercayai kerana ingin keluar dari rumah dan tinggal berasingan.

“Hasil siasatan awal, kita percaya mangsa dipukul oleh suspek kerana dia mahu keluar dari rumah untuk tinggal secara berasingan. Berikutan itu, laporan polis dibuat oleh mangsa pada 27 Nov lepas dan suspek telah ditahan semalam selepas hadir ke IPD Kuantan,” katanya ketika ditemui selepas Perhimpunan Bulanan di perkarangan Ibu Pejabat Polis Kontijen (IPK) Pahang di sini.

Bekas model dan pelakon itu telah mengejutkan peminatnya apabila memuat naik dua foto mendedahkan wajahnya yang lebam di bahagian mata menerusi hantaran terkini di Instagram miliknya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading