Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI CEDERA, KERETA TERJUNAM DALAM GAUNG

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI CEDERA, KERETA TERJUNAM DALAM GAUNG

Pasangan suami isteri cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki di Bandar Utama, Batang Kali, pagi tadi.

BATANG KALI: Pasangan suami isteri cedera selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dinaiki mereka terbabas sebelum terjunam ke dalam gaung sedalam 30 kaki di Bandar Utama, di sini pagi tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Mohamadul Ehsan Mohd Zain berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira jam 7.36 pagi sebelum mengerahkan anggota ke lokasi kejadian.

“Terdapat dua mangsa yang merupakan suami isteri yang kedua-duanya berusia 38 tahun mengalami kecederaan di bahagian tangan dan kaki.

“Mangsa lelaki berjaya keluar dari kenderaan sebelum pihak bomba tiba sementara mangsa wanita dikeluarkan pihak bomba,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Ehsan, kedua-dua mangsa diserahkan kepada pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk rawatan lanjut.

Operasi menyelamatkan mangsa mengambil masa kira-kira 30 minit.—AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading