Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI MAUT, DUA PARAH KERETA TERBABAS

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI MAUT, DUA PARAH KERETA TERBABAS

Suami isteri maut, manakala dua lagi termasuk kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu dekat Gopeng, semalam.

IPOH: Suami isteri maut, manakala dua lagi termasuk kanak-kanak parah apabila kereta dinaiki mereka terbabas di Jalan Kota Bharu dekat Gopeng, semalam.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri Sayani Saidon berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira 4 petang oleh orang awam.

Beliau berkata mangsa yang maut Mohd Ramddan Abd Rahim, 44 dan isterinya, Kisdalliana Saad, 43.

“Dua mangsa yang cedera parah adalah wanita warga emas berusia 63 tahun serta kanak-kanak berusia tujuh tahun, telah dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua mangsa yang maut telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading