Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

SUAMI ISTERI DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK LELAKI

DALAM NEGARA

SUAMI ISTERI DITAHAN DISYAKI DERA KANAK-KANAK LELAKI

Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur, semalam. 

KUALA LUMPUR: Sepasang suami isteri ditahan kerana disyaki mendera seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun di sebuah rumah teres di Taman Seri Rampai, Wangsa Maju Kuala Lumpur, semalam. 

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata pihaknya menerima laporan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat selepas penduduk setempat melaporkan mengenai kejadian tersebut petang semalam. 

Beliau berkata susulan laporan itu, polis telah menahan ibu dan bapa tiri mangsa yang masing-masing berusia 35 dan 37 tahun kira-kira 8 malam. 

“Pemeriksaan pada badan kanak-kanak itu menemukan kesan lebam di kaki dan pipi serta kesan rotan… Kita percaya kejadian dera ini masih baharu dalam tempoh seminggu atau dua minggu. 

“Mangsa merupakan anak tunggal dan kini ditempatkan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Taman Angkat Amanita di Taman Bukit Cheras di sini hari ini. 

Katanya, siasatan awal mendapati kejadian berlaku disebabkan suspek lelaki itu mendakwa mangsa nakal. 

Beliau berkata, hasil saringan air kencing mendapati lelaki terbabit positif dadah jenis methamphetamine manakala wanita yang juga ibu mangsa negatif dadah. 

Mohd Shuhaily berkata, pasangan suami isteri yang bekerja sebagai penjual nasi lemak itu ditahan reman selama lima hari bermula hari ini bagi siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak kanak 2001.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading