Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUAMI ISTERI TERSEPIT DALAM MPV SELEPAS REMPUH SEKUMPULAN GAJAH LIAR

UTAMA

SUAMI ISTERI TERSEPIT DALAM MPV SELEPAS REMPUH SEKUMPULAN GAJAH LIAR

Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cheneh berjaya mengeluarkan seorang wanita yang tersepit selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suaminya merempuh sekumpulan gajah liar di Kilometer 274.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Plaza Tol Cheneh, malam tadi.

KEMAMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Cheneh berjaya mengeluarkan seorang wanita yang tersepit selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki bersama suaminya merempuh sekumpulan gajah liar di Kilometer 274.6 Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Plaza Tol Cheneh, malam tadi.

Komander Operasi BBP Cheneh, Zubaderi Zahari berkata seramai lapan anggota bomba dikerahkan ke lokasi kejadian sebelum bertindak mengeluarkan mangsa, Fauziah Muda, 52, yang tersepit di dalam Toyota Estima.

Katanya, anggota bomba turut memberikan rawatan awal kepada Fauziah dan suaminya, Abdul Wahid Ismail, 55, sebelum kedua-dua mangsa diserahkan kepada pasukan perubatan untuk dibawa ke Hospital Kemaman bagi mendapatkan rawatan lanjut.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.20 malam itu, Abdul Wahid mengalami kecederaan ringan pada tangan kiri manakala Fauziah cedera di tangan kanan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Supt Mohd Razi Rosli berkata, pasangan suami isteri terbabit sedang dalam perjalanan dari arah Kuantan, Pahang untuk pulang ke rumah mereka di Kampung Pasir Gajah, Kemaman.

Siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika Abdul Wahid memandu Toyota Estima di lorong kiri sebelum tiba di lokasi kejadian yang terdapat sekumpulan gajah liar dipercayai berada di laluan berkenaan.

“Berikutan jarak yang terlalu dekat, mangsa tidak sempat mengelak lalu merempuh kumpulan gajah liar tersebut,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in UTAMA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading