SUASANA HIBA, SAYU IRINGI PENERBANGAN PULANG JENAZAH SARJAN FARIDAH
Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia pada Sabtu lepas, diterbangkan pulang ke tanah air petang semalam.
Sumber gambar: UNIFIL PIO. Gambar kecil, Sarjan Faridah Abd Rahman.
KUALA LUMPUR: Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman yang meninggal dunia pada Sabtu lepas, diterbangkan pulang ke tanah air petang semalam.
Markas Angkatan Bersama dalam kenyataan menerusi laman Facebook berkata, pesawat komersial membawa pulang jenazah berlepas dari Lapangan Terbang Rafik Hariri, Beirut pada 12.05 tengah hari waktu Lubnan (5.05 petang waktu Malaysia) ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi urusan pengebumian di kampung halaman Allahyarham di Pendang, Kedah esok.
Menurut kenyataan itu, majlis penghormatan ke atas Allahyarham Sarjan Faridah dilaksanakan mengikut tradisi ketenteraan oleh pihak UNIFIL bertempat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rafik Hariri.
Turut hadir Komander UNIFIL Lt Jen Aroldo Lazaro, Duta Besar Malaysia ke Lubnan Azri Mat Yaacob, Panglima 5 Briged (LAF) Brig Jen Ahmad Saadeh, Komander Sektor Barat Brig Jen Enrico Fontana serta Komander MALBATT 850-11, Kolonel Burhan Sagoni.
“Ketibaan jenazah Allahyarham turut disambut oleh Kontinjen MALBATT 850-11 dan suasana hiba dapat dirasakan apabila jenazah diturunkan daripada van jenazah dan diusung masuk.
“Tetamu kenamaan yang hadir memberikan tabik hormat ketika keranda jenazah diusung dan diletakkan di tengah-tengah medan dibaluti bendera UNIFIL,” menurut kenyataan itu.
Kenyataan itu memaklumkan upacara tersebut dimulakan dengan pengurniaan pingat PBB dan Pingat Keberanian Tentera Lubnan (Gangsa) kepada Allahyarham dan Lazaro kemudiannya meletakkan pingat PBB sebagai pengiktirafan di atas pengorbanan Sarjan Faridah sepanjang berkhidmat di bawah panji-panji PBB.
“Kemudian, wakil LAF Ahmad Saadeh meletakkan pingat Lubnan sebagai tanda penghargaan dari kerajaan Lubnan dan kalungan bunga turut diletak dengan dimulakan oleh Komander UNIFIL dan disusuli Duta Besar Malaysia ke Lubnan, wakil LAF, Komander Sektor Barat dan Komander MALBATT,” menurut kenyataan itu.
Menurut kenyataan tersebut, suasana di medan bertukar hening dan pilu seketika semasa tiupan ‘last post’ sebagai penghormatan terakhir kepada Allahyarham Sarjan Faridah.
Dalam kenyataan sama, upacara tersebut kemudiannya diakhiri dengan bendera UNIFIL dilipat oleh anggota MALBATT dan doa dibacakan sebelum keranda Allahyarham, yang dilitupi Jalur Gemilang diusung keluar dari medan dan dibawa ke tempat penyimpanan kargo untuk diterbangkan ke Malaysia.
Pada 19 Mei lepas, Markas ATM dalam kenyataan memaklumkan Faridah meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked