16 PELAJAR DITAHAN KETIKA PROTES PRO-PALESTIN DI UNIVERSITI OXFORD
Sekumpulan pelajar, anggota Oxford Action for Palestine, memulakan protes duduk di dalam Pejabat Naib Canselor di Wellington Square untuk menuntut pentadbiran bersetuju dengan rundingan.
OXFORD: Polis pada Khamis menahan 16 pelajar semasa protes aman di dalam pejabat naib canselor Universiti Oxford, lapor Agensi Anadolu (AA).
Sekumpulan pelajar, anggota Oxford Action for Palestine, memulakan protes duduk di dalam Pejabat Naib Canselor di Wellington Square untuk menuntut pentadbiran bersetuju dengan rundingan.
Namun, kumpulan itu berkata bahawa universiti tersebut telah memanggil polis dan bukannya berunding dengan mereka.
“Seramai 16 pelajar demonstrasi telah ditahan tetapi kebanyakan mereka masih berada di dalam bangunan dan dinafikan akses ke tandas,” kata Oxford Action for Palestine dalam satu kenyataan.
Sementara itu, lebih 100 anggota komuniti telah berkumpul untuk menghalang pintu keluar dan menghalang polis daripada membawa pelajar yang ditahan.
Awal Khamis, kumpulan itu berkata bahawa selepas “berbulan-bulan protes tidak diendahkan, keluar dari kelas, berkhemah dan permintaan untuk bertemu,” Oxford Action for Palestine memulakan protes duduk di pejabat pentadbiran universiti pada pagi Khamis.
“Kami bercadang untuk kekal sehingga pentadbiran bersetuju untuk berunding dengan gabungan kami, yang telah menggesa universiti untuk menghentikan sokongan terhadap genosid, pendudukan dan penjajahan berterusan Israel ke atas Palestin,” tambah kenyataan itu.
Khemah diserang oleh suspek jenayah
Lewat Rabu, khemah mereka di luar Muzium Pitt Rivers telah “diserang sekali lagi oleh seorang penyerang bersenjata pisau,” kata kumpulan itu.
“Sekumpulan kecil individu mendekati khemah kami dengan agresif dan melontarkan kata-kata kesat antisemitik kepada ahli komuniti Yahudi kami yang cuba meredakan pertengkaran,” jelasnya.
Suspek turut mengoyakkan kain rentang yang memaparkan tuntutan pelajar protes dan mengacukan pisau kepada mereka sebelum memotong sepanduk besar bertulisan Arab satu-satunya yang mereka miliki.
“Ini bukan kali pertama kami diserang kerana memprotes genosid Israel dan ia mungkin bukan yang terakhir,” tambah kenyataan itu.
Mengkritik Naib Canselor Irene Tracey kerana kekal “diam” mengenai Gaza, kumpulan itu menyatakan bahawa mereka tidak boleh lagi menunggu tanpa melakukan apa-apa sementara Tracey enggan bertemu dengan pelajar.
“Gaza tidak boleh menunggu”
Mengimbau kembali bahawa khemah mereka di luar muzium bertepatan dengan serangan darat Israel ke atas Rafah di selatan Gaza pada 6 Mei, Oxford Action for Palestine menyatakan bahawa “Gaza tidak boleh menunggu.”
Kumpulan tersebut mengingatkan bahawa khemah mereka dan tuntutannya telah mendapat sokongan yang meluas dalam masa hanya dua minggu.
“Lebih 2,400 pelajar, 600 ahli fakulti dan kakitangan, 14 kesatuan sekerja tempatan dan 200 pekerja penjagaan kesihatan universiti telah menandatangani surat terbuka yang menggesa Universiti Oxford untuk memutuskan hubungan dengan genosid, penjajahan dan apartheid Israel.”
Seperti banyak protes kampus lain, khemah Oxford juga menuntut Universiti Oxford mewujudkan ketelusan penuh mengenai pelaburan dalam mana-mana syarikat senjata, penjual senjata atau pembeli dan menarik balik hubungan kewangan dengan syarikat yang bersubahat dalam perang Israel di Semenanjung Gaza.
Israel telah meneruskan serangan kejamnya ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Okt 2023, walaupun resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menuntut gencatan senjata segera di wilayah itu.
Sejak Oktober lepas, sekurang-kurangnya 35,800 rakyat Palestin, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak, telah terbunuh dan lebih 80,200 yang lain cedera.
Lebih tujuh bulan perang Israel, menyaksikan kemusnahan besar di Gaza di tengah-tengah sekatan makanan, air bersih dan ubat-ubatan yang meruncing.
Israel didakwa melakukan genosid oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ). Satu perintah sementara dikeluarkan pada Januari lepas kepada Tel Aviv supaya memastikan tenteranya tidak melakukan genosid dan menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests