Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia, Sabtu lalu selamat dikebumikan hari ini.
ALOR SETAR: Jenazah anggota Malaysian Battalion 850-11 (MALBATT 850-11) bagi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Lubnan (UNIFIL) Sarjan Faridah Abd Rahman, 39, yang meninggal dunia, Sabtu lalu selamat dikebumikan hari ini.
Terdahulu, jenazah Allahyarham yang dibawa dari Pangkalan Udara Subang tiba di Kolej Tentera Udara (KTU) Alor Setar, di Kepala Batas, di sini pada pukul 8.10 pagi sebelum dibawa ke Masjid Al Anwar Kampung Tengah Tualang, Pokok Sena, dekat sini pada pukul 9 pagi.
Jenazah Allahyarham kemudiannya diberi penghormatan terakhir oleh ahli keluarga sebelum solat jenazah yang diimamkan Timbalan Ketua Pengarah Dasar dan Pengurusan Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT), Brigedier Jeneral Mohd Hamzah Adam disertai lebih 300 jemaah.
Jenazah Allahyarham seterusnya dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Masjid Al Anwar, Kampung Tengah dengan penuh istiadat ketenteraan dan dikebumikan berhampiran pusara adiknya yang meninggal dunia pada 2013 akibat penyakit asma.
Lebih 500 orang yang terdiri dari ahli keluarga, kenalan dan penduduk kampung turut berada di tanah perkuburan untuk memberi penghormatan terakhir kepada Allahyarham dan majlis pengebumian selesai sepenuhnya pada pukul 10.20 pagi.
Suasana bertukar pilu apabila empat anak Allahyarham iaitu Nurul Syifa Nor Azmi, 13; Muhammad Afnan, 10; Nurul Jannah, 7; (syndrome down) dan Ainul Mardiah, 4, meratapi pemergian ibu mereka.
Pada 19 Mei, Markas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam kenyataan memaklumkan Faridah, meninggal dunia pada 2.25 pagi waktu Lubnan atau 7.25 pagi waktu Malaysia.
Menurut kenyataan itu Allahyarham yang bertugas sebagai Penyelia Kanan Hal Ehwal Islam MALBATT 850-11 di Kem Marakah, disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan MALBATT 850-11, apabila rebah selepas turun dari bas di Kem Marakah, sejurus tiba di Lubnan daripada bercuti selama sebulan di Malaysia.
Dalam pada itu, Markas ATM dalam satu kenyataan mengesahkan Allahyarham meninggal dunia di Lubnan akibat serangan jantung, berasaskan keputusan bedah siasat yang dijalankan pihak Hospital Hammoud, Saida, Lubnan pada 2.54 petang waktu Lubnan (7.45 malam waktu Malaysia), 19 Mei.
“Keputusan awal bedah siasat telah diperoleh pada 20 Mei 2024 dan hasil bedah siasat tersebut mengesahkan Allahyarham meninggal dunia akibat cardiopulmonary arrest due to myocardial ischemia/thrombosis atau serangan sakit jantung,” menurut kenyataan itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked