Connect with us

ALHIJRAH NEWS

SUBSIDI ELEKTRIK BUKAN SOLUSI KEKAL

DALAM NEGARA

SUBSIDI ELEKTRIK BUKAN SOLUSI KEKAL

Pemberian subsidi elektrik tidak wajar dijadikan penyelesaian berulang, sebaliknya kerajaan disaran memperkukuh subsidi bersasar dan memperluas inisiatif kecekapan tenaga.

KUALA LUMPUR: Pemberian subsidi bil elektrik tidak wajar dijadikan penyelesaian kekal dan berulang setiap kali berlakunya fenomena cuaca panas.

Sebaliknya, jelas pakar ekonomi yang juga Pengarah Program Sarjana Pentadbiran Perniagaan Putra Business School, Profesor  Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff, pendekatan subsidi bersasar perlu digembleng bagi mengurangkan tekanan kos fiskal kepada negara.

Beliau bagaimanapun bersetuju bahawa pemberian subsidi semasa fenomena cuaca panas membantu mengurangkan beban kos sara hidup golongan B40 dan M40.

“Subsidi bil elektrik secara sementara ketika cuaca panas ini boleh dilihat sebagai langkah perlindungan jangka pendek yang munasabah,namun  ia tidak boleh menjadi penyelesaian setiap kali cuaca panas kerana subsidi ini dia ada kos kepada kerajaan dan juga pembayar cukai,” kata Ahmed Razman ketika dihubungi media.

Tambahnya, ukuran kejayaan bukan sekadar melihat kepada nilai penurunan harga bil, sebaliknya sejauh mana pendapatan boleh guna rakyat di negara ini meningkat.

Sehubungan itu kerajaan digesa memperkasa inisiatif kecekapan tenaga seperti penggunaan peralatan cekap tenaga dan solar, supaya rakyat tidak terlalu bergantung kepada bantuan subsidi kerajaan atau panik apabila kadar bil elektrik naik pada masa akan datang.

“Untuk mengelakkan kejutan bil apabila insentif ini tamat pada akhir tahun ini, kerajaan perlu berkomunikasi dengan lebih awal dan memperkenalkan pengurangan secara berperingkat dan bukannya perubahan mendadak.”katanya — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading