Connect with us

ALHIJRAH NEWS

CUACA PANAS HARGA TELUR MENINGKAT

DALAM NEGARA

CUACA PANAS HARGA TELUR MENINGKAT

Cuaca panas dilaporkan menjadi antara punca kepada peningkatan harga telur ketika ini. Ia ekoran kadar kematian ayam penelur meningkat dan menyebabkan pengeluaran dan bekalan barang kawalan itu terjejas

SHAH ALAM: Cuaca panas dilaporkan menjadi antara punca kepada peningkatan harga telur ketika ini. Ia ekoran kadar kematian ayam penelur meningkat dan menyebabkan pengeluaran dan bekalan barang kawalan itu terjejas.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh berkata, pengurangan bekalan ketika permintaan kekal menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam pasaran dan memberi tekanan kepada harga telur.

“Laporan yang kita terima ialah berkaitan cuaca dan ia menyebabkan ‘mortality rate’ yang tinggi dalam kalangan ayam penelur.

“Apabila kadar kematian tinggi disebabkan keadaan cuaca, pengeluaran dan bekalan menurun. Oleh kerana permintaan masih sama sedangkan bekalan turun, sudah tentu harga akan meningkat,” katanya selepas melancarkan  Program Pasar Patuh 2026 peringkat Negeri Selangor di pasar moden Seksyen 16 Shah Alam.

Bagaimanapun katanya, kenaikan harga telur ketika ini masih terkawal dan KPDN terus memantau bekalan serta harga di pasaran.

Jelas beliau, KPDN mempunyai kuasa mendapatkan maklumat kos sepanjang rantaian bekalan, termasuk kos pengeluaran, bahan mentah dan logistik, bagi menilai sama ada kenaikan harga runcit adalah munasabah.

‘KPDN akan membuka siasatan sekiranya menerima aduan berkaitan kenaikan harga barangan tidak munasabah berikutan cuaca panas. AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading